Kenali Theodor Herzl, Yahudi Yang Meminta Tanah Palestin Dari Sultan Abdul Hamid


Mungkin korang tak pernah kenal Theodor Herzl, tetapi melalui video viral yang berlegar di laman sesawang kerana siri tv berkenaan Sultan Abdul Hamid sedang ditayangkan di Turki, korang mungkin berteka teki siapakah Theodor Herzl yang disebutkan dan berani bertemu dengan sultan untuk meminta tanah untuk kaum Yahudi.


PENGENALAN

Theodor Herzl dilahirkan pada 2 Mei 1860 di Budapest, Hungary. Dia ialah pengasas kepada Zionisme yang mana membina gerakan untuk mendapatkan tanah untuk kaum Yahudi. Pada pamplet ang tertulis The Jewish State yang diterbitkan pada tahun 1896, dia memberikan persoalan tentang hakikat kaum Yahudi yang mana harus diselesaikan oleh sebuah negara.

DIa menganjurkan sebuah kongress untuk para zionis di Basel, Switzerland pada Ogos 1897 dan menjadi presiden pertama Organisasi Zionis Dunia. Herzl tidak sempat melihat negara haram Israel menjadi kenyataan kerana Israel wujud 40 tahun selepas kematiannya. Namun, gerakannya antara pemula kepada pembinaan negara haram ini.

KEHIDUPAN PERIBADI

Herzl dilahirkan dalam keluarga serba sederhana.Mempelajari bidang saintifik di peringkat sekolah menengah, dia lalu menukar aliran kepada bidang agama yang mana kebanyakan pelajarnya ialah dari kalangan Yahudi. Pada tahun 1978, keluarganya berpindah dari Budapest ke Vienna. Di sini, dia melanjutkan pelajarannya ke University of Vienna untuk mempelajari undang-undang. Dia mendapat lesen untuk mengamalkan ilmu undang-undang pada 1884 namun memilih untuk mengabdikan dirinya dalam bidang kesusasteraan pula. Dan semenjak dari itu, dia menjadi jurnalis dan juga penulis lakon layar yang sederhana berjaya.

Pada tahun 1889, dia mengahwini Julie Nascauer, seorang anak dara kaya daripada golongan Yahudi di Vienna. Perkahwinannya bergoncang dan bermasalah. Namun, sepanjang perkahwinan, dia mempunyai tiga orang anak. Herzl ada hubungan yang baik dengan ibunya yang mana tidak dapat bergaul baik dengan isterinya. Hubungan rumah tangga yang retak ini kian pecah berderai apabila Herzl terlibat dalam bidang politik pula selepas itu.

PERMULAAN PENJAJAHAN

Sebuah tulisan di dalam akhbar utama Vienna menyebabkan permulaan kepada jiwa memberontak Herzl. Ketika dia tiba di Paris pada sekitar 1891, dia terkejut dengan sentimen anti Yahudi yang mana sudah menular di Austria. Ketika itu, Yahudi hanya boleh mengelakkan diri dari terlibat dengan sentimen ini hanya dengan meninggalkan wilayah mereka dan mengasigkan diri. Yahudi dipinggirkan di negara tersebut dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Bukan Herzl seorang sahaja yang pernah mengilhamkan idea tentang negara Yahudi. Yahudi Ortodox sebelum ini pernah berdoa untuk hal yang sama dalam doa mereka. Malah, pada 1799, Napoleon pernah juga menginginkan negara Yahudi di tanah bernama Israel.

Pada permulaan penjajahan, beberapa kumpulan Yahudi dari Rusia dan Eropah bermigrasi ke kawasan pertanian di Palestin. Dengan bantuan Baron Maurice de Hirsch, sorang Yahudi kaya pada masa itu, dia memberitahu tentang idea untuk membina organisasi khas untuk Yahudi di bawah panji mereka yang tersendiri. Idea itu ditolak. Namun, Herzl tidak berputus asa. Maka, lahirlah pamplet bertajuk The Jewish State yang diterbitkan di Vienna pada Februari 1896.

Pada Jun 1896, Herzl melalui Istanbul dengan harapan untuk bertemu dengan Sultan Abdul Hamid utuk mendapatkan tanah Palestin. Ketika di sana, ramai penganut Yahudi menyanjungnya sebagai ketua mereka. Walaupun dia di sana selama 11 hari, dia gagal untuk bertemu sultan. Namun, dari situlah dia memulakan perancangan untuk mendapatkan tanah Palestin walaupun dia gagal untuk berbuat demikian sebelum hayatnya tamat.


KESIMPULAN

Walaupun semasa Herzl hidup, dia gagal untuk membina empayar tanah haram Israel dan melihat sendiri kejayaan itu di depan mata, impiannya kini sudah terlaksana. Apa yang ditanam oleh Herzl dalam jiwa Yahudi nampaknya berjaya untuk menjadikan wujudnya sebuah negara haram yang mana dirampas dari tanah Palestin!


Herzl meninggal dunia pada 3 Julai 1984 di Edlach, Austria. Kisah berkaitan Herzl kini boleh disaksikan dalam drama bersiri Turki, Payitaht Abdülhamid.


Catat Ulasan

0 Ulasan