Gambar Syamsul Yusof Recce Kawasan Untuk Penggambaran Filem 'Mat Kilau'



Syamsul Yusof bakal kembali dengan filem terbarunya, Mat Kilau. Selepas berjaya menjadi pengarah kepada filem seram berjaya seperti Munafik dan Khurafat, dan juga filem aksi gangster seperti KL Gangster, Syamsul Yusof memilih untuk mengubah hala dan mengarahkan filem epik sejarah berkenaan tokoh pahlawan Mat Kilau. 

Buat masa ini, set penggambaran sedang dibina di Kampung Telok Bakong. Korang boleh lihat gambaran awal set yang direka di sini.

Sebelum set dibina, Syamsul Yusof terlebih dahulu turun untuk melawat kawasan penggambaran bagi memastikan tempat tersebut sesuai untuk dijadikan tempat untuk penggambaran filemnya. Checkout empat gambar ini yang diperoleh daripada Instagram Shahrol Annaz, pereka set filem Mat Kilau yang sedang rancak menyiapkan tugasnya.

Gambar berikut dimuat naik di instagramnya pada 25 Februari 2018 yang lalu. 





Catat Ulasan

0 Ulasan