'Black Panther' Pintas 'The Avengers' Jadi Filem Superhero Paling Laris Di Amerika Syarikat


Black Panther akhirnya mengungguli carta menjadi filem superhero paling laris selepas memintas kejayaan filem The Avengers (2012) terbitan studio yang sama di Amerika Syarikat. Menurut The Hollywood Reporter, kutipan domestik terkini Black Panther ialah USD630 juta manakala kutipan filem The Avengers ialah USD623 juta sahaja.



Filem lakonan Chadwick Boseman ini nampaknya sentiasa mengunguli carta pawagam walaupun pada minggu ini, Pacific Rim: Uprising akan merampas takhta itu selepas sekian lama. Namun, kejayaan filem Black Panther merupakan penanda aras baru untuk filem superhero di masa hadapan.

Di seluruh dunia, filem ini sudah berjaya mengutip USD1.2 billion setakat ini. Dijangka filem ini akan memintas kutipan Iron Man 3 yang mengutip USD 1.214 billion (ranking ketiga terlaris setakat ini), The Avengers yang mengutip 1.5 billion, dan Avengers: Age of Ultron yang mengutip USD1.4 billion.

Selain Chadwick Boseman, filem ini dilakonkan oleh Michael B Jordan, Lupita Nyong'o dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Ryan Coogler dan merupakan filem ke lapan belas dalam siri filem Marvel Cinematic Universe. Filem ini menelan belanja sebanyak USD200 juta. 


Catat Ulasan

0 Ulasan