'Black Panther' Pegang Rekod Filem Yang Paling Banyak Ditweet Di Twitter


Filem terbitan Marvel Studio, Black Panther kini ialah filem yang paling banyak ditweet di Twitter sejak sekian lama. Semenjak filem ini menjengah pawagam, filem ini kelihatan memecahkan pelbagai rekod dan kini masih lagi terus memecahkan pelbagai lagi rekod. Ianya berjaya mencipta fenomena dan meneruskan momentumnya sehingga kini. Tidak lama lagi, filem ini akan menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam siri filem Marvel Cinematic Universe. 


Kegilaan terhadap filem Black Panther kelihatan tidak akan perlahan dalam tempoh terdekat. Hal ini mungkin kerana adanya pelbagai promosi dari sosial media terutamanya penciptaan bebera hashtag seperti #BlackPantherSoLit dan #WakandaForever. Dan disebabkan hashtag ini, Black Panther kini ada rekod baru yang sudah dipecahkan.

The Hollywood Reporter menyatakan bahawa Twitter mengumumkan bahawa Black Panther secara rasminya ialah filem yang paling banyak ditweet di Twitter. Rekod ini dipegang oleh filem ini selepas mencapai tweet sebanyak lebih 35 juta. Tiada data bagaimana data ini dikira, namun, ianya sudah disahkan oleh pihak Twitter secara rasminya. 

Black Panther berjaya mencantas Star Wars: The Force Awakens dan Star Wars: The Last Jedi yang sebelum ini mencipta fenomena tersendiri di Twitter. Kutipan terkini setakat ini untuk filem Black Panther ialah USD 1.2 billion. Berkemungkinan filem ini gagal untuk mencantas The Force Awakens yang mengutip USD 2 billion, tetapi ianya dikatakan mampu memintas filem The Last Jedi yang hanya mengutip USD 1.3 billion.



Catat Ulasan

0 Ulasan