Akhirnya, Henry Cavill Cukur Misai Kontroversinya

Akhirnya, Henry Cavil sudah pun memilih untuk mencukur misainya yang mana menjadi popular dek kerana kontroversi filem Justice League. Justice League menghadapi sedikit kekacauan apabila Henry Cavill tidak boleh mencukur misainya untuk proses 'reshoot' dan menjadikan watak Superman dalam filem Justice League sedikit hodoh.


Di Instagramnya, pelakon berusia 34 tahun ini merakamkan detik selamat tinggal kepada misai kontroversinya dengan tampil dengan wajahnya siap bercukur. Walaupun ianya kelihatan memerli Warner Bros, Cavill kelihatan tidak kisah untuk menggunakan ruang yang ada untuk mencipta jenaka.

Untuk yang tak tahu kisahnya, Cavill sebelum ini terpaksa berhadapan dengan situasi genting apabila filem Justice League memerlukan sesi reshoot setelah Josh Whedon mengambil tempat Zack Snyder. Pada tempoh reshoot itu, Cavill sedang menjalani penggambaran filem Mission Impossible 6 yang mana memerlukan dia menumbuhkan misai.

A post shared by Henry Cavill (@henrycavill) on

Masalah terjadi apabila pihak filem Mission Impossible 6 tidak membenarkan Cavill mencukur misai untuk menjadi Superman kerana terikat dengan kontrak. Lalu, di dalam reshoot filem Justice League, Josh Whedon memilih untuk menggunakan CGI untuk memadamkan misai Cavill secara digital. Namun, kesannya amat hodoh dan mendatangkan reaksi negatif di kalangan peminat filem DC.

Catat Ulasan

0 Ulasan