Venom dan Fakta Yang Melingkari Watak Ini! [WAJIB BACA]



Kami himpunkan segala tulisan kami di fanpage Suka Filem berkenaan watak Venom di sini. Sebarang kemas kini kami akan tambah dari masa ke masa. Teruskan sokongan korang dengan like fanpage SUKA FILEM. Klik tajuk untuk menuju ke link Facebook asal untuk melihat gambar yang bersama dengan status asal.



[klik tajuk untuk ikuti perbincangan di ruang komen]

Watak Eddie Brock dicipta oleh David Micheline dan Todd McFarlane. Watak ini pertama kali muncul sebagai cameo dalam Web of Spider-man #18 yang diterbitkan pada September 1986. Eddie Brock membuat kemunculan penuh dalam Amazing Spider-man #300 pada Mei 1988. Pada awalnya, karakter ini ialah karakter 'villain' sebelum dia dikenali sebagai watak 'anti-hero'.

[klik tajuk untuk ikuti perbincangan di ruang komen]

Venom berasal daripada spesis makhluk asing yang dikenali sebagai Symbiote. Alien ni perlu menggunakan objek lain /manusia untuk bergerak. Manusia pertama yang dijangkiti Venom semestinya Peter Parker! Tetapi, ramai yang tak tahu bahawa watak Venom ini sebenarnya berasal daripada kostum Spider-man yang nak ditukar warnanya. Mungkin masa tu Marvel dah boring dengan warna Spider-man.

Konsep Spider-man berpakaian hitam ini ialah idea Jim Shooter, ketua editor Marvel pada tahun 1982. Idea ini dibeli oleh Marvel dengan harga USD220 daripada seorang peminat komik Marvel bernama Randy Schueller. Kostum itu digunakan pada awal kemunculannya yang mana menunjukkan watak Venom sebagai kostum Spider-man.

Kemudian, di pertengahan cerita, masalah timbul apabila pelukis John Bryne menyatakan idea tersebut dikatakan dicuri dari idea komik Iron Fist yang dibuang. Pelukis Roger Stern lalu memberi idea untuk menukarkan Venom kepada villain sekaligus mengubah perjalanan karakter ini dalam dunia komik sebagai Spider-man. Namun, dia meninggalkan komik itu separuh jalan.

Komik Venom dan karakteristik Venom yang korang ketahui kini dibina oleh Tom Defalco dan Ron Frenz yang memperbetulkan kembali idea Venom yang kucar kacir.

[klik tajuk untuk ikuti perbincangan di ruang komen]

Ramai orang sebenarnya confuse siapakah Venom. Dia ni baik ke, jahat ke? Jawapannya mudah. Venom ini ibarat 'pakaian'. Jika ianya berada pada pemakai yang baik, maka dia akan jadi anti-hero (jahat tapi baik). Jika ianya berada di tangan si jahat maka jadilah dia villain. Venom pernah membentuk satu entiti yang dikenali sebagai Carnage.

Bahasa mudahnya, Carnage ni ialah hasilan daripada Venom yang bercantum dengan seorang pembunuh bersiri bernama Cletus Kasady. Carnage pernah bertarung dengan Venom yang bercantum bersama Eddie Brock. Dan Carnage juga ialah antara villain paling hebat pernah bertarung dengan Spider-man.

[klik tajuk untuk ikuti perbincangan di ruang komen]

Kalau korang nak tahu, Tony Stark juga pernah menggunakan teknologi Venom dalam penciptaan suitnya. Suit itu dikenali sebagai Mark 50! Warnanya berbeza dari warna suit Iron Man biasa. Ianya berwarna Biru-Putih!

Of courselah cara Tony Stark pakai suit ni berbeza apabila logam suit tersebut berjaya dicantumkan ke badannya seperti Venom menyelaputi manusia yang dijangkiti. Remember ok, Tony Stark tak pernah dijangkiti Venom. Dia pinjam teknologi sahaja. So tiada alkisah Tony Stark melawan Venom.


FLASH THOMSON JUGA GUNA VENOM! 
[klik tajuk untuk ikuti perbincangan di ruang komen]

Watak Flash Thomson (bukan The Flash ok) pernah juga bercantum dengan Venom. Dia dikenali sebagai Agent Venom.


[klik tajuk untuk ikuti perbincangan di ruang komen]

Ya! Itulah yang terjadi apabila kisah Deadpool dilukis dalam komik Secret Secret Wars! Komik terbitan tahun 2015 ini mengaitkan garis masa dengan komik Secret Wars terbitan tahun 1984. Setting kisah Deadpool ini ialah sekitar tahun 80an dan terdapat babak Deadpool menggunakan Venom sebelum dicuba oleh Spider-man. Nasib baik Wade Wilson tak jadi guna. Kalau tak, naya woo?


[klik tajuk untuk ikuti perbincangan di ruang komen]

Jika Hulk ada She-hulk, maka Venom ada She-Venom. Anne Weying, seorang lawyer ialah bekas isteri kepada Eddie Brock yang dijangkiti Venom. Dia ialah karakter pertama perempuan yang dijangkiti Symbiote tersebut sebelum berpindah kepada Patricia Robertson. Karakter Anne Weying muncul pertama kalinya dalam komik The Amazing Spider-Man #375 terbitan bulan Mac 1993.

Watak ini dicipta oleh David Michelinie dan Mark Bagley. She-Venom pula membuat kemunculan cameonya dalam Venom: Sinner Takes All #2 pada September 1995. Wataknya membuat kemunculan penuh dalam Venom: Sinner Takes All #3 pada Oktober 1995. Karakteristik watak ini dicipta oleh Larry Hama dan Greg Luzniak. 

[klik tajuk untuk ikuti perbincangan di ruang komen]

Carnage pada asalnya ialah watak Venom yang diciptakan apabila pelukis asal Venom mahu mematikan watak Eddie Brock lalu mencipta Venom versi baru. Idea itu ditolak pihak Marvel kerana peminat sudah mengenali Venom bersama Eddie Brock. Penulis kisah Carnage, David Michelinie lalu mencipta Carnage secara berasingan dan wujudlah Carnage dan Venom dalam dunia yang sama.

Carnage berwarna merah kerana Symbiote asal dari Eddie Brock bercantum dengan darah Eddie Brock. Percantuman ini menyebabkan Carnage mempunyai jiwanya tersendiri dan mampu menjadikan manusia yang dijangkitinya lebih berbahaya. Nak nak pula, Carnage pergi jangkiti Kasady yang dah pembunuh bersiri. Lagi bersiri sirilah kegilaannya.

TOXIN

Selepas Venom mencipta Carnage, Toxin ialah Symbiote ketiga yang tercipta. Toxin menjangkiti seorang pegawai NYPD, Patrick Mulligan. Toxin mempunyai kebolehan melekat di dinding yang mana diwarisi dari Venom yang pernah menjangkiti Peter Parker. Boleh bertukar menjadi siapa sahaja juga ialah kuasanya. 

Toxin juga pernah menjangkiti Eddie Brock selepas watak Peter Mulligan mati. Toxin juga ialah Symbiote terkuat dalam semua Symbiote yang pernah ada dalam komik Marvel.

VENOM, KLYNTAR YANG TERSISIH OLEH BANGSANYA. 

Sebelum ini, admin dah beritahu bahawa Venom ni ialah idea seorang peminat yang dibeli untuk dijadikan suit Spider-man terbaru. Namun, disebabkan respon, idea itu ditukar lalu terjadi watak Venom. Kisah latar belakang Venom tidak pernah diceritakan secara spesifik sejak ianya membuat kemunculan dalam komik. 

Latar belakang Venom dan bangsa Klyntar hanya diceritakan dalam Venom Super Special #1 in 1995 selepas 30 tahun penciptaan watak tersebut. Venom dikisahkan sebagai sebahagian dari bangsa Klyntar yang disisihkan. Karakter ini ialah spesis yang mana menjangkiti makhluk yang kejam sekaligus ianya menjadikan dirinya liar. Dia dipenjara lalu dibuang dari planetnya lalu sampai ke bumi. Di bumi, Venom lalu menjangkiti Peter Parker. 

Namun, apabila Peter Parker menolak dirinya, maka kejahatannya menjadi lebih bertambah.

APAKAH MAKANAN VENOM?

Apabila Venom menjangkiti manusia, dia sebenarnya sedang memakan manusia tersebut. Venom memakan adrenalin dan emosi sekaligus menyebabkan manusia yang dijangkitinya menjadi lebih gila dan berada di luar kawalan. Korang tau tak, Venom juga ialah penggemar coklat. Faktanya, coklat ialah penggalak adrenaline sekaligus menyebabkan manusia yang dijangkitinya lebih menggila sambil Venom memakannya perlahan-lahan.

LIFE FOUNDATION, AGENSI PENCIPTA VENOM

Dalam dunia Spider-man, agensi Life Foundation inilah yang menyimpan dan mencipta Symbiote ini dengan pelbagai bentuk. Antaranya ialah Dreadface, Scorn, Payback, Mania dan banyak lagi. Sila Google! LIFE Foundation ni ialah golongan Doomsday Peppers yang percaya bahawa perang Dingin hanya boleh diakhiri dengan perang nuklear.

Ketua Foundation ini, Carlton Drake percaya bahawa manusia perlukan perlindungan. Maka, dia mendapatkan Symbiote Venom dan mencipta lima lagi Symbiote baru yang digabungkan dengan pekerjanya. Mereka dinamakan Scream, Lasher, Phage, Riot dan Agony.

KELEMAHAN VENOM

Puak Klyntar memang alah dengan bunyi dan getaran. Mereka juga takut dengan api. Api mampu meleburkan Venom! Yeah!

Catat Ulasan

0 Ulasan