TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Black Panther (2018)



Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Ryan Coogler
Pelakon | Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong'o, Danai Gurira, Martin Freeman

Sejak beberapa tahun ini, Marvel nampaknya sedang mengubah hala dengan menjadikan filem-filem terbitan mereka terbit dengan pelbagai gaya. Namun, sedar atau tidak, kebanyakan filem Marvel di masa kini, termasuklah Thor: Ragnarok, Guardians of the Galaxy dan juga Ant-man kesemuanya menghalakan kepada funny moment a.k.a memparodikan karakter masing-masing daripada menjadi sebuah filem superhero yang serius.

Sudah lama kita tidak melihat keseriusan karakter seperti yang ditonjolkan dalam trilogi Iron Man. Pada Marvel, some people yang menonton mungkin menggemari elemen lawak jenaka yang disumbat, dan sesetengahnya mahukan sesebuah filem yang sedikit serius dan not too playful dengan karakter. Black Panther ibarat mengurangkan dahaga pencinta filem yang melebihkan serius daripada bemain dengan watak-wataknya. Filem ini menjadi sebuah filem Marvel yang mengembalikan jiwa filem Marvel sepertimana kita tonton pada awal Phase One dunia Marvel Cinematic Universe. Ianya nampak benar-benar lain macam apabila filem Marvel dengan naratif sebegini ditinggalkan agak lama semenjak Iron Man 3 melabuhkan tirainya.

Filem arahan Ryan Coogler ini mengisahkan bagaimana dunia Wakanda yang tersembunyi menyimpan kekayaan vibranium. Seperti mana yang kita ketahui dalam filem-filem MCU sebelum ini, vibranium ibarat emas yang senantiasa diburu kerana kehebatannya. Dan dalam kisah ini, kita akan lebih tahu berkaitan vibranium dan masalah yang melingkarinya.

Namun, tunggu dulu! Filem ini juga bukan hanya sekadar filem tentang vibranium. Filem ini juga ialah sebuah filem political thriller versi Marvel yang mana kelihatan seperti elemen Thor yang berkisar tentang menjadi raja, rampasan kuasa dan juga perperangan. Cuma, apa yang bezanya filem Black Panther dengan Thor ialah kali ini kisahnya dikisahkan dalam dunia manusia biasa dan bukannya dewa.

Apa yang menarik tentang filem ini ialah filem ini berjaya menyelongkar jiwa T’Challa yang dilantik menjadi King of Wakanda selepas kejadian dalam filem Captain America: Civil War. Ujian getir menjadi seorang raja bukan sahaja berkaitan dengan emosinya yang masih belum bersedia melepaskan bapa tercinta yang sudah pergi, tetapi berhadapan dengan dendam lama yang kembali!

Dalam sebuah dunia fiksyen Wakanda, filem ini bukan sahaja bercerita tentang menjadi hero, tetapi ianya juga tentang bagaimana sesebuah negara memilih untuk menjadi apa yang dia mahu jadi. Tentang dasar, tentang politik, dan pelbagai lagi. Dan elemen ini semestinya sesuatu yang tidak pernah dikisahkan dalam mana-mana filem MCU sebelum ini.

Lakonan Chadwick Boseman sememangnya tidak dinafikan menjadikan dirinya Black Panther yang kita kenali. Malah, Michael B. Jordan juga sebagai antagonis bernama Eric Killmonger juga amat menarik untuk disaksikan. Permainan jiwanya dan dendam lamanya antara perkara yang menarik untuk ditonton dalam filem ini.

Kalau nak cakap pasal lawak, filem ni cukup sifat. Secukup rasa. Tidak seperti Thor: Ragnarok yang kadangkala cuba try hard nak buat lawak. Filem ini ada punchline yang cukup, komedi yang cukup, aksi yang tidak besar tetapi berjaya untuk membuka mata penonton melihat kisah Wakanda buat pertama kalinya.

Latar muziknya juga amat menarik dan unik. Dengan bunyi-bunyi muzik asli Afrika, diselangseli dengan bunyi moden dan beat yang buatkan penonton hentak kaki, ianya antara gabungan rencah rasa telinga yang terbaik untuk menggambarkan dunia imaginasi Afrika ini.

Black Panther bukan sekadar filem Marvel yang berkisar tentang karakter komik. Ianya sebuah filem yang mereflek dunia Afrika itu sendiri. Puak-puak yang dipaparkan, dari segi budaya yang diterjemahkan dalam filem ini, semuanya seakan sebuah refleksi dunia Afrika di dunia nyata. Hanya ada dua pelakon utama yang berkulit putih, dan ianya sekali sekala memerli bagaimana dunia memandang negara dunia ketiga itu.

Isu dalam filem ni mungkin akan dilihat sedikit berat jika penontonnya pergi menonton filem ini dengan harapan untuk ringan kepala menonton lawak-lawak Marvel seperti dalam filem-filem sebelum ini. Tapi, jika anda pernah menonton Iron Man, seperti itulah roh filem ini bergerak dari minit ke minit.

Best atau tidak, itu terpulang kepada korang. Kalau korang menggemari lawak dan aksi yang superhebat seperti filem Thor: Ragnarok, Guardians of the Galaxy, Ant-man dan beberapa lagi filem Phase Three lain, mungkin Black Panther akan buatkan korang menguap. Bagi yang dah muak dengan lawak-lawak bodoh dalam filem Marvel, Black Panther mampu buatkan korang segar!

4/5

Comments

Post a Comment

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)