Sony Pictures Hampir Beli Semua Karakter Marvel Pada Era 90an

Pada tahun 1998, Marvel pernah menawarkan Sony Pictures hak cipta kesemua watak superhero mereka, namun studio tersebut hanya mahukan Spider-man. Hal ini kerana Marvel pada ketika itu baru sahaja bangun selepas bangkrup dan dengan menjual hak cipta watak superhero, ianya akan membantu untuk mendapatkan sedikit bantuan kewangan.


Penjualan ini bukannya mudah kerana agak sukar untuk meyakinkan studio besar untuk membeli karakter mereka. Apabila Sony membeli hak cipta untuk Spider-man, Marvel melihat bahawa hanya Sony sahaja mampu untuk membeli kesemua karakter ini. Namun, Sony hanya berminat dengan Spider-man dan bukannya karakter lain. 

Ketika era tersebut, pengerusi Sony Pictures, Yair Landau ditawarkan untuk membeli kesemua watak Marvel dengan harga USD25 juta (bersamaan USD38 juta pada tahun 2018). Walaupun ianya nampak menarik, Sony merasakan bahawa jual beli ini bukanlah memberikan faedah kepada mereka. Lalu, Sony Pictures membeli hakcipta Spider-man pada harga lebihkurang USD10 juta. 

Ketika itu, tiada siapa kisah akan superhero-superhero Marvel lain selain Spider-man sehinggalah Marvel Cinematic Universe memulakan langkahnya. Semestinya, suasana filem superhero akan menjadi berbeza jika Sony Pictures menerima tawaran Marvel pada ketika itu. 

Catat Ulasan

0 Ulasan