Pelakon Francais Filem 'Taxi', Dahulu dan Kini


Rupanya, dah lebih 10 tahun filem terakhir Taxi diterbitkan. Sukar untuk percaya bahawa siri filem ini sudah lama menghilang. Pada tahun 2018, Taxi 5 nampaknya akan mengembalikan aura Taxi versi baru dengan menampilkan pelakon utama yang berbeza. Taxi ialah sebuah francais komedi aksi yang dimulakan oleh Luc Besson dan dibintangi oleh pelakon-pelakon Frech berbakat.


Selepas 10 tahun filem terakhir terbit, anda pasti berfikir tentang apakah berita terkini berkenaan pelakon-pelakon filem tersebut kini. Nah, kami bawakan pelakon-pelakon Taxi yang anda kenali. Untuk info, filem pertama Taxi diterbitkan pada tahun 1998!

Samy Nacеri (Daniel)
Selepas filem terakhir Taxi diterbitkan pada tahun 2007, nama Samy Naceri terus tenggelam. Namanya kerap kali menjadi sebutan di berita kerana kes jenayah yang sering dilakukan. Dia disabitkan kesalahan holiganisma beberapa kali dan tidak ada filem baru selepas itu.

Frédéric Diefenthal (Émilien)
Selepas tamat membintangi filem Taxi 4, pelakon ini juga sudah hilang dari radar. Antara filem terbaru yang dilakonkannya selepas itu ialah Chateaubriand pada tahun 2010. Kini, pelakon ini lebih banyak melakonkan klip video iklan dan juga masih muncul dalam filem dan rancangan TV.

Marion Cotillard (Lilly)
Pelakon ini masih aktif dalam bidang lakonan pada masa kini. Pada tahun 1998, wataknya sebagai Lilly dalam filem Taxi menyebabkan dia meraih anugerah Cesar untuk kategori pelakon harapan wanita. Dia juga pernah muncul dalam filem The Dark Knight Rises pada tahun 2012 dan juga Inception pada tahun 2010.

Emma Sjöberg-Wiklund (Petra)
Pelakon ini nampaknya agak suram dan kurang muncul di layar selepas itu. Ada beberapa filem yang dibintanginya selepas kejayaan Taxi sebelum menjadi bintang TV di Sweden. Dia kini menjadi seorang model, pengacara TV dan juga usahawan yang berjaya. Dia juga mempunyai empat orang anak.


Bernard Farcy (Commissioner Gibert)
Karakter ketua polis lawak ini semestinya antara watak ikonik dalam siri filem Taxi. Bernard Farcy masih terlibat dalam pelbagai persembahan pentas dan bakal muncul dalam Taxi 5.

Édouard Montoute (Alain, Émilien)
Pelakon ini pernah menjadi watak antagonis dalam filem Asterix and Obelix: Mission Cleopatra pada tahun 2002). Kini Montoute boleh dilihat membintangi pelbagai rancangan TV di Perancis.


Jean-Christophe Bouvet (General Bertino)
Pelakon ini kini sangat terkenal dengan watak yang dibawanya di dalam siri filem Taxi sehingga dia muncul dalam iklan TV dengan membawakan watak itu.

Bai Ling (Qiu)
Bai Ling kini sudah menempa nama di Hollywood. Antara filem lakonannya kini ialah Enter The Samurai pada tahun 2016, dan Maximum Impact pada tahun 2017. Dia juga pernah terlibat dalam satu episod siri tv Hawaian Five O.



Filem Taxi 5 akan ditayangkan di Perancis bermula 11 April 2018! Filem arahan Franck Gastambide bakal mengembalikan beberapa pelakon lama dan juga pelakon baru selepas 10 tahun filem terakhir ditayangkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan