TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Negara Wakanda Diinspirasikan Daripada Malaysia! Ini Buktinya!



TERGEMPAR! WAKANDA ITU DIINSPIRASIKAN DARIPADA NEGARA MALAYSIA! INI BUKTINYA!

Sumber asal : fanpage Suka Filem (kalau korang baca, mohon like ya. banyak lagi claim kita akan buat.... hahahaha)

Admin fanpage Suka Filem ni sebenarnya dok perati je Indonesia klaim Wakanda tu diinspirasikan dari Papua. Tapi, sebenarnya, admin pun nak cakap yang Wakanda tu sebenarnya diinspirasikan daripada sebuah negeri di Malaysia.


Berikut ialah hujah kami:

1. Dalam filem Black Panther, ditunjukkan negara tu kaya dengan vibranium. Ianya tepat jika kita ambil definisi 'vibranium' tu sebagai kekayaan. Di Selangor, orangnya kaya-kaya. Jadi, Selangor = Wakanda.

2. Orang di Wakanda bersuku-suku. Oh, di Malaysia juga ada pelbagai suku. China, India, Melayu, Sabah dan Sarawak orang asli, Pakistan, Bangladesh, dan lain-lain.

3. Kalau di Afrika takde salji, tapi di Jabari tu ada, di Malaysia pun ada salji. Kalau kat Perlis, musim orang bakar jerami, bakar ladang tebu, salji pun ada turun. Warna hitamlah.

4. Di Wakanda ada kawasan pertanian, Malaysia juga, terutama di Kedah, pertanian padi memang no 1!

5. T'Challa juga memakai pakaian kurta ketika bertemu ayahnya di alam roh. Di Malaysia, orang Islam mengenakan kurta ketika nak pergi solat jumaat dan hari raya. Kurta juga digunakan oleh kaum Punjabi dan India.

6. Di Wakanda ada LRT! Di KL pun ada LRT, MRT, Komuter, you name it! We neva freezeee to name it!

7. Di Wakanda ada patung singa besar. Kat Malaysia, kat Sunway Piramid ada satu! Besar punya!

8. Kalau korang tengok Wakanda kan, pakaian diorang warna warni. Ini mungkin diinspirasikan daripada fesyen tudung wanita Malaysia yang suka memakai pelbagai warna. Tudung tudung itu diinspirasikan lalu digubah menjadi fesyen dalam filem ini. Takkan kau tak cam rupa Didi Alias dalam rupa Queen Ramonda.

9. Wakanda ada sistem raja, Malaysia pun ada sistem raja.

10. Di akhir filem Black Panther, kita sering nampak T'Challa dan aweknya berbual di pasar. Itu ialah refleksi kepada perangai orang Malaysia. Tak sah kalau nak date, mesti ke mall besar, pastu suka buat duck face.

TAMBAHAN (terima kasih fan Suka Filem!)

11. Minuman bunga purple yang buatkan T'Challa khayal tu, diinspirasikan daripada ketum. Ketum popular di utara dan pantai timur Malaysia. Kalau minum tu, khayalnya memang tak tau nak cakap. Hahaha!

12. Pengawal T'Challa pakai lembing, diinspirasikan daripada pahlawan dan pengawal istana raja Melayu.

13.Wakanda ialah gabungan perkataan 'wak' (panggilan untuk orang yg berumur dalam bahasa Jawa) dan 'anda' (awak).

14. Rekaan istana Wakanda diinspirasikan daripada KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Tak percaya, compare sendiri.

Sekarang, kau tahu kan bahawa Marvel sebenarnya menginspirasikan Wakanda daripada bumi Malaysia? Ada lagi yang nak claim???

NAMA ORANG WAKANDA DI AMBIL DARI NAMA KAUM MELAYU! GEMPAR!

Sejak berabad lamanya, kaum Melayu terutamanya di negara Malaysia sentiasa mendapat perhatian dengan adat budayanya. Malah, ajaran agama serta budaya yang berkait dan membentuk keharmonian menyebabkan ramai negara mengikut sifat negara ini.

Semalam, kami memberikan 10 fakta bahawa Wakanda itu diinspirasikan dari Malaysia, ditambah lagi dengan 4 fakta dari peminat kitorang yang menjerit kegirangan bila Malaysia berjaya claim Wakanda is Malaysia. Hari ini, kami panjangkan lagi perbincangan ini.

Tahukah korang bahawa nama orang Wakanda diinspirasikan oleh perkataan Bahasa Melayu? Siasatan kami mendapati bahawa nama watak ini diambil dari kamus bahasa Melayu lalu diterjemahkan ke Bahasa Wakanda.

Nama lelaki
T'Chaka - tercakar
T'Challa - tercalar
W'Kabi - Wasabi, makanan Jepun kesukaan Malaysia
N'jobu - j****
N'jadaka - pejadah kau, ayat kesukaan Melayu moden
M'baku - membeku
Zuri - Dur

Nama perempuan
Shuri - suri
Nakia - Nokia, handset
Okoye - Okey
Ramonda - Ramona, nama Melayu moden

Nah! Siap! Terima kasih peminat yang bantu kitorang terjemah perkataan Ramonda dan Zuri. Malaysia boleh! Done claim... 

VIRALKAN! INI PELUANG MALAYSIA UNTUK CLAIM WAKANDA!

Comments

  1. ko da mabuk ketum pastu buat blogger macam black pund*k... Tpi apa pun possible ..

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha hg memang sempoiii...cam pelaq terhibur aku..berdengung cek tom paaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

M. Night Syamalan Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'