TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Mother! : Kisah Tuhan, Alam, Adam, Eve dan Jesus Di Atas Bumi



Aronovsky telah berjaya mencipta sebuah karya yang gila dengan Mother! (2017). Ianya kisah yang tidak akan difahami jika ianya dilihat atas satu layer sahaja. Ianya memerlukan kita ada sedikit ilmu untuk kita menyelami plot cerita yang serabut dan luar daripada logika. Dan bagi sesetengah orang, Mother! tidak ada apa. Tapi, jika kau lihat dan faham, Mother! Ialah sesuatu yang gila.


Baiklah, kami jelaskan dalam bahasa mudah tentang Mother!

Filem ini ialah alegori kepada sesuatu yang lain. Dalam bahasa mudah, Mother! bukanlah bercerita tentang apa yang nak diceritakan. Ianya lebih dari itu. Ianya sindiran. Mungkin kau akan nampak kisah ini berlatarkan orang-orang gila yang ‘invade’ rumah, tapi sebenarnya ianya lebih dari sekadar filem ‘home invasion’.

SINOPSIS PENUH [SPOILER]

Filem ini bermula dengan watak Javier Bardem meletakkan seketul permata di atas rak. Kemudian, babak rumah yang dari buruk menjadi cantik, dan kemudian syot Jennifer Lawrence bangun dari tidur. Kemudian, masuk watak Ed Harris yang ingin menumpang. Dan walaupun watak Jennifer Lawrence ini tidak menyukai kedatangan Ed Harris, sebab suami punya pasal, dia terima.

Masalah mula apabila isteri watak Ed Harris muncul dan tinggal bersama. Watak Javier Bardem tidak kisah akan kehadiran mereka kerana rumah itu yang besar. Namun, konflik terjadi apabila Ed Harris dan isterinya Michelle Pfeiffer memecahkan kristal kegemaran suami Jennifer Lawrence. Kemudian, keluarga Ed Haris wujud konflik dan terjadi pembunuhan pertama di dalam rumah itu. Ed Harris dan isteri pun keluar dari rumah dan tidak kembali selepas majlis mengingati anak mereka selepas ada pengunjung memecahkan sinki rumah tersebut.

Dan selepas itulah, watak Jennifer Lawrence mengandung. Filem ini semakin menggila kerana kandungan Jennifer Lawrence memberi inspirasi kepada suaminya untuk menyiapkan puisinya. Sekaligus, karya suaminya tiba-tiba jadi popular dan mengundang ramai peminat ke rumahnya. Jennifer Lawrence tidak gembira dan cuba menghalau. Namun, dia gagal.

Keadaan di dalam rumah itu semakin kalut apabila ramai pemuja Javier Bardem mula memenuhi rumah dan buat kacau. Ketika satu masa, Javier Bardem membawa isterinya ke bilik yang sudah lama ditutup dan Jennifer Lawrence melahirkan anaknya. Geram dengan suamiya, Jennifer Lawrence tidak benarkan anaknya disentuh oleh Javier Bardem. Namun, tatkala Jennifer Lawrence terlelap, Javier Bardem memberikan anaknya kepada peminatnya.
br /> Dan mengerikan apabila peminat fanatiknya memakan anaknya tanpa belas kasihan. Filem ini berakhir apabila watak Jennifer Lawrence tidak tahan dengan semua itu dan membakar dirinya dan rumah tersebut. Suaminya terselamat dan membawa Jennifer Lawrence ke perbaringan.

Dadanya dirobek dan jantungnya dipecahkan. Kristal yang dipecahkan pada awalnya diperoleh semula. Lalu, dia letakkan kembali Kristal itu di tempat mula. Rumah terbentuk semula, dan isteri Javier Bardem bangun dari perbaringan seperti awal filem bermula, tetapi bukanlah dalam rupa bentuk Jennifer Lawrence.


PENJELASAN DI SEBALIK CERITA

Korang akan lebih mudah memahami filem Mother! jika korang letakkan watak-watak filem ini dalam perlambangan sebegini.

Jennifer Lawrence - KUASA ALAM
Javier Bardem - TUHAN
Ed Harris dan Michelle Pfeiffer - ADAM DAN HAWA
2 anak Ed Harris dan Michelle Pfeiffer - HABIL DAN QABIL (anak Adam dan Hawa)
Rumah - BUMI
Rumput dan Pokok Luar Rumah - ALAM SEMESTA / SELURUH ALAM
Anak yang dilahirkan J. Law - JESUS/NABI ISA
Bilik kerja Javier Bardem - SYURGA
Bilik bawah tanah rumah - NERAKA
Peminat Javier Bardem - Pemuja Tuhan/ Orang Agama

ADAM dan HAWA diperlambangkan sebagai dua orang manusia yang dibenarkan tinggal di BUMI dan mengusik SYURGA (bilik menulis Javier Bardem) namun, tatkala dia melanggar hukum TUHAN (dengan memecahkan Kristal), dia akhirnya dihalau. ADAM cuba beri alasan, tetap tinggal di BUMI.

Kisah ini tidaklah fit dengan storyline ADAM dan EVE yang sebenar dalam Bible dan Al Quran. Namun, perlambangan pembunuhan pertama di BUMI, apabila anak kepada ADAM dan HAWA bertelagah kerana wasiat, melambangkan pembunuhan pertama di BUMI selepas TUHAN membenarkan ADAM dan HAWA berada di BUMI. Saat ini, ADAM dan EVE sudah hilang dan tidak kembali. Secara teorinya, tragedi pecahnya sinki di rumah itu merujuk kepada GREAT FLOOD, kejadian banjir yang berlaku di zaman nabi NOH/NOAH.

KUASA ALAM sebenarnya sentiasa menurut kehendak TUHAN. Ianya digambarkan dengan watak Jennifer Lawrence yang sentiasa taat dengan suaminya walaupun tidak bersetuju dengan kehendak suaminya itu. KUASA ALAM memberontak. Sehinggalah akhirnya TUHAN akur dengan kehendak KUASA ALAM yang memberontak sehinggalah KUASA ALAM melahirkan JESUS di SYURGA (bilik kerja Javier Bardem).

KUASA ALAM bertegas untuk tidak membenarkan TUHAN membawa JESUS kepada orang yang menggemari puisi TUHAN. Namun, TUHAN berjaya mengambil JESUS ketika KUASA ALAM terlelap. Dan ditakdirkan, pemuja TUHAN membunuh JESUS dan memakan daging bayi tersebut (perlambangan kepada kisah pembunuhan Jesus dalam Bible, dan bukannya Al Quran).

KUASA ALAM memberontak. Puas dengan menurut TUHAN setiap masa, dia akhirnya melepaskan amarahnya. BUMI bergegar dan akhirnya kekacauan berlaku. KUASA ALAM akhirnya memusnahkan BUMI dengan membakar seluruh penduduknya. TUHAN selamat daripada bencana KUASA ALAM dan merobek kristal penciptaan BUMI dari dada KUASA ALAM dan dari situ, TUHAN mencipta alam kembali dengan KUASA ALAM yang berbeza pula.

KESIMPULAN

Dalam bahasa mudah, Mother! Ialah penceritaan daripada penciptaan alam oleh Tuhan, lalu kiamat, sebab yang membawa kepada kiamat dan bagaimana Tuhan menciptakan kembali alam ini dalam bentuk yang baru. Selain itu, Aronofsky menceritakan tentang bagaimana sengsaranya bumi kerana perangai manusia yang tidak pernah sedar yang mereka sedang memusnahkan alam secara perlahan.

Tangan-tangan manusialah yang akan membawa kepada kehancuran dunia. Tapi, walaupun sebegitu kejamnya manusia, Tuhan tidak pernah memberhentikan perilaku manusia. Tuhan kadangkala tidak mengendahkan apa yang Alam pinta, tetapi Tuhan tetap menyayangi Alam. Kerana kuasanya yang mampu menciptakan dunia kembalilah, Tuhan membiarkan manusia menghuni alam dan merosakkannya (walaupun ada yang cuba untuk memperbaikinya).

Filem ini ialah perlambangan alam dan kehancuran dunia yang gila. Dan mungkin selepas korang membaca huraian ini, korang akan lebih mudah untuk menonton Mother!

Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)