Michael Fassbender dan Arnold Schwarzennegger Bakal Bintangi Filem 'Kung Fury'

Peminat filem pendek unik Kung Fury nampaknya dapat merasa lega apabila mereka mendapat tahu bahawa David Sanberg bakal membawakan filem pendek itu ke adaptasi filem yang lebih panjang. Filem pendek itu diterbitkan pada tahun 2015 dan menjadi viral. Kisah tersebut berlatar belakangkan Miami pada tahun 1980.


THR melaporkan bahawa pelakon Michael Fassbender dan juga Arnold Schwarzenneger akan muncul dalam filem tersebut. Arnold Schwarzennegger dilaporkan akan memainkan watak President US namun ianya masih belum jelas lagi tentang kebenarannya.

Michael Fassbender yang juga pernah terlibat dalam filem siri filem X-Men nampaknya bakal memberikan keunikan kepada filem ini. Begitu juga dengan pelakon Arnold Schwarzenneger yang sebelum ini pernah terlibat dalam dunia politik US.

David Hasselhoff juga dilaporkan akan kembali dalam filem ini. Buat masa ini, tiada tarikh tayangan filem ini yang diumumkan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan