Filem Rajinikath 'Kaala' Tayang April, '2.0' Ditunda Ke Tarikh Baru


Peminat superstar India, Rajinikanth kini boleh bergembira apabila filem terbarunya, Kaala akan ditayangkan bermula 27 April 2018 di India. Namun, berita sedihnya, filem sekuel kepada Endhiran, yang menampilkan watak Chitti akan ditunda tayangannya bagi memberi laluan untuk kerja visual efek yang agak sukar.


Berlatar belakangkan Mumbai, Kaala bergenre drama gengster. Filem ini juga dibintangi Nana Patekar, Huma Qureshi, Samuthirakani dan Pankaj Tripathi. Filem ini bukanlah sekuel kepada filem Kaabali yang dilakonkan pelakon itu sebelum ini.

Tarikh tayangan filem Kaala ini sebenarnya ialah tarikh tayangan untuk filem 2.0. Perkara ini disahkan oleh penerbit filem tersebut berkenaan penangguhan tayangan filem 2.0 yang digantikan dengan filem Kaala. Filem 2.0 yang diarahkan Sankar pada awalnya dijangka tayang pada Deepavali tahun lepas namun dianjak ke Hari Republik sebelum ke tarikh 27 April. Namun, ianya dipinda sekali lagi.

Kaala ialah buah tangan kedua pengarah Pa Ranjith bersama Rajinikanth selepas Kabali pada tahun 2016. Filem ini bakal mengisahkan pergolakan kaum India dari Thirunelveli di Mumbai. Rajinikanth memainkan peranan sebagai ketua gangster yang akan membela golongan tertindas.

Catat Ulasan

0 Ulasan