Azmil Mustapha, Perginya Takkan Kembali


Malaysia kehilangan seorang lagi pelakon berbakat. Azmil Mustapha, meskipun dia sudah tidak lagi melibatkan diri dalam dunia lakonan, semestinya lakonannya diingati semua. Jom kenali sejarah hidup pelakon ini secara serba sedikit.


Pelakon lagenda ini dilahirkan pada 1 Januari 1953 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Filem lakonannya yang pertama ialah Mekanik (1983). Selepas itu, namanya melonjak apabila beliau menyertai Ali Setan (1985), Ali Setan 2 (1986) dan Suara Kekasih (1986). Filem Ali Setan (1985) melayakkan dia memenangi anugerah Aktor Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-6 (1986).

Latar pendidikannya bukan calang-calang. Beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Filem, Radio dan Televisyen selepas menuntut selama 5 tahun di Universiti Indianna, Bloomington, Amerika Syarikat.

Selepas tamat belajar, ujian mula melanda apabila kegawatan ekonomi menyebabkan dia sukar untuk mendapat kerja melalui ijazah yang diperolehnya. Dia menyertai sebuah syarikat produksi, Showmaster untuk menimba pengalaman sebelum aktif sebagai pelakon sepenuhnya.

Di puncak kejayaan beliau sebagai pelakon yang popular, beliau memilih untuk bersara daripada bidang lakonan tanpa sebarang penyesalan. Selepas itu, beliau menumpukan fokusnya sebagai seorang penceramah.

Beliau juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Namun, kedua-dua perkahwinannya tidak kekal lama. Beliau mempunyai 5 orang anak. Seorang dari perkahwinan pertamanya manakala empat lagi dari perkahwinan kedua.

Berikut ialah filmografi beliau:
Mekanik - (1983) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Shamyl)
Matinya Seorang Patriot - (1984) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Jamali)
Ali Setan - (1985) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Ali)
Ali Setan 2 - (1986) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Ali)
Suara Kekasih (1986) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awie)
Kepala Angin - (1987) - (Pelakon Utama)
Driving School - (1990) - (Pelakon Utama)
Fifty/Fifty - (1992) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Kolonel Kota)
XX Ray II - (1995) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Sultan Mansor Shah)
Hanya Kawan - (1997) - (Pelakon) - Watak Sebagai (Pengarah)
Iman Alone - (1998) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dahari)
Cheritera - (2001) - (Pelakon Utama)
Puteri Gunung Ledang - (2004) - (Artis Jemputan) - Watak Sebagai (Utusan Dari Demark)

Beliau meninggal dunia pada hari Rabu, 14 Februari 2018 kerana serangan jantung. Lakonannya dalam filem Ali Setan semestinya akan dikenali sampai bila-bila. Semestinya, kisah hidupnya kini tinggal sebagai sebuah catatan untuk kita hayati dan ambil pengajaran.

Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

Diolah daripada sumber: Wikipedia

Catat Ulasan

0 Ulasan