The Founder (2016): Bagaimana Pengaruh Yahudi Di Dalam McDonald's Bermula


Jika anda menonton filem The Founder (2016), Michael Keaton melakonkan seorang watak bernama Ray Kroc, seorang lelaki yang berjaya 'mencuri 'McDonald's daripada pemilik asalnya dengan membelinya dengan trik yang sangat bijak. Ray Kroc kemudian berjaya menjadikan McDonald's sebagai sebuah francais paling berjaya di dunia. Namun, adakah Ray Kroc yang menjadi dalang di sebalik kejayaan ini?



Kisah asal-usul McDonald's

McDonald's bermula pada tahun 1940, di mana dua orang saudara, Richard dan Maurice McDonald mengusahakannya di San Bernadino, California. Mereka memperkenalkan sistem Speedee Service System pada tahun 1948 yang mana menjadi pemula kepada sistem dapur cekap yang diamalkan oleh restoran francais masa kini.


Pada asalnya, McDonald's menjual pelbagai jenis makanan (ini ada diceritakan dalam The Founder), dan kemudiannya, mereka mengecilkan item jualan kepada burger, kentang dan minuman ringan. Pelbagai petukaran dibuat dari masa ke masa termasuklah sistem mereka sehinggalah mereka berjaya dengan sistem baru mereka.

Francais pertama mereka dibuka pada tahun 1953 di Phoenix, Arizona. Francais kedua mereka pula dibuka di Downey, California. Tidak seperti paparan di dalam filem, francais McDonald's sebenarnya sudah ada hampir 20 restoran sebelum Ray Kroc masuk ke dalam bisnes mereka.

Penglibatan Ray Kroc

Dalam filem The Founder (2016), Ray Kroc yang dilakonkan oleh Michael Keaton ialah watak yang menjadi elemen penting kepada kejayaan McDonald's masa kini. Ray Kroc, seorang salesman mesin pengisar melibatkan dirinya dalam McDonald's pada tahun 1954 kerana menyedari McDonald's membeli mesin pengisarnya dalam kuantiti yang banyak. Keinginannya untuk mengetahui sistem McDonald's membuatkan dia percaya bahawa restoran itu ialah sesuatu yang dia boleh gunakan untuk buat duit.


Kroc cuba untuk memberi idea kepada dua beradik McDonald untuk membesarkan restoran mereka secara francais. Namun, atas beberapa faktor seperti penjagaan kualiti, dua beradik itu agak skeptikal untuk menerima cadangan Kroc. Selepas berusaha memujuk, Kroc akhirnya menawarkan tanggungjawab untuk melaksanakan francais McDonald's dengan meletakkan untung rugi francais nanti ke atas dirinya. 

Dan bermulalah penglibatan Kroc membina pelbagai restoran McDonald's di seluruh Amerika. Dua beradik McDonald's itu mendapat wilayah California dan Arizona dan menerima 1/4 daripada keuntungan. Restoran McDonald's pertama Kroc dibina pada 15 April 1955 di Illinois, berdekatan Chicago.  Kroc akhirnya berjaya membina empayarnya sendiri dan membeli McDonald's daripada penciptanya sendiri.

Bagaimana Yahudi Meresap Ke Dalam McDonald's

Di dalam filem The Founder (2015), Kroc cuba untuk membina francais dengan menjaja tentang kelebihan bisnes itu di pelbagai tempat. Semestinya, kebolehannya sebagai seorang salesman yang petah bercakap dengan penuh keyakinan digunakan sebaiknya untuk memujuk pelbagai manusia untuk menyertai francaisnya. 

Pada awalnya, Kroc cuba untuk menarik rakan niaga orang kaya daripada kelab yang dia sertai, namun, restoran McDonald's tidak dibina mengikut standard. Selepas itu, Kroc sedar bahawa mereka perlu merekrut orang yang betul-betul rajin. Kroc menjaja 'the new American Church' itu di seluruh pelusuk Amerika dengan menghadiri gereja orang Yahudi dan Kristian. Mereka akhirnya direkrut kerana sifat rajin mereka yang akhirnya membawa kepada suksesnya francais itu.

Malah, ketika francais McDonald's milik Kroc sedang bergelut dengan masalah kerana perjanjian yang kelihatan berat sebelah, Kroc telah dibantu oleh seorang Yahudi bernama Harry Sonneborn. Di dalam filem The Founder, watak ini dilihat menawarkan bantuan ke atas Kroc selepas dia memarahi bank kerana kegagalan bisnesnya dan juga rumahnya hampir dicagar. 

Harry Sonneborn ialah orang yang sebenarnya membawa Kroc menempa kejayaan seperti sekarang. Dia ialah manusia yang memperkenalkan konsep membeli tanah untuk dibuat restoran McDonald's lalu disewakan pula tanah itu kepada pengusaha francais. Dengan konsep ini, Kroc berjaya memperoleh kekayaan berlipat ganda dan sekaligus berjaya membeli McDonald's daripada pengusaha asal.

Kesimpulan


Semestinya, penglibatan Harry Sonneborn sebenarnya menyebabkan McDonald's menjadi lebih berjaya sehinggakan nama Richard dan Maurice McDonald's tenggelam. Nama Ray Kroc disebut-sebut sebagai 'the founder' kepada francais McDonald's agak lama dalam sambutan 'Founder Day' setiap tahun sehinggalah pada tahun 1991, Fred Turner, CEO McDonald's menyatakan perlunya meraikan Richard dan Maurice McDonald kerana mereka ialah pemula kepada konsep francais asal.

Maurice McDonald meninggal dunia pada 11 Disember, 1971, manakala Richard McDonald pula meninggal dunia pada 14 Julai 1998. Ray Kroc pula meninggal dunia pada 14 Januari 1984.

Catat Ulasan

0 Ulasan