Tarikh Tayang 'Cloverfield 3' Dianjak Ke Bulan April 2018


Filem ketiga dari francais Cloverfield dikhabarkan akan dianjak tarikh tayangannya kepada 20 April 2018. Filem yang mana memiliki kisah sendiri dan tidak berkait dengan filem Cloverfield yang sebelum ini bakal memaparkan kisah yang lebih segar. 


Untuk pengetahuan, filem ini sudah hampir enam tahun dalam proses perancangan. Pada awalnya, filem ini dinamakan God Particle pada tahun 2012, namun filem ini masih belum dapat dikaitkan oleh penonton masa tersebut sehinggalah filem 10 Cloverfield Lane muncul. 

Cloverfield 3 pada awalnya disasarkan tayangannya pada Februari 2017, namun selepas ditangguhkan, tarikh tayangan barunya ialah pada 2 Februari 2018. Malangnya, Paramount sekali lagi menganjakkan tarikh tayangan filem ini kepada 20 April 2018. Ianya akan ditayangkan hampir serentak dengan filem Rampage lakonan The Rock.

Persoalannya sekarang, dalam masa kurang dari 4 bulan daripada tarikh tayangan, kita masih belum disajikan dengan trailer filem tersebut. Diharapkan trailernya akan muncul dalam masa terdekat.

Catat Ulasan

0 Ulasan