Scarlett Johansson Bakal Dapat Bayaran Tertinggi Untuk Filem Solo 'Black Widow'


Scarlett Johansson khabarnya akan mendapat bayaran gaji lumayan untuk filem solo Black Widow. Untuk pengetahuan, Johansson ialah antara watak yang wujud agak lama di dalam dunia MCU. Permulaannya di dalam Iron Man 2 dan sehingga kini membuatkan dia menjadi watak yang sangat digemari oleh para penonton filem superhero Marvel.



Akhirnya, Marvel Studios telah mendedahkan bahawa filem solo Black Widow akan diterbitkan. Jac Schaeffer akan menulis skrip tersebut dan proses ini masih lagi di peringkat awal. 

Daily Mail melaporkan bahawa gaji Scarlett Johansson untuk filem Black Widow ialah USD25 juta. Ini ialah bayaran gaji tertinggi untuk seorang pelakon perempuan untuk sebuah filem solo. Bukan itu sahaja, Scarlett Johansson dijanjikan bonus sebanyak USD6 juta! Dikatakan bonus ini akan diberikan jika filem Black Widow itu nanti berjaya mencecah kutipan USD900 juta seluruh dunia. 

Disney sedang melihat potensi filem Black Widow sebagai filem superhero yang bakal mengalahkanWonder Woman. Semestinya, untuk mendapat kutipan USD900 juta adalah sesuatu yang sukar untuk diramal. Buat masa ini, tiada satu pun filem Marvel yang mencecah angka itu. Nampaknya, Scarlett Johannson perlu berusaha keras untuk mendapatkan bonusnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan