Peter Parker Bakal Muncul Dalam Filem 'Venom'


Pelakon Tom Holland dilaporkan akan membuat kemunculan dalam filem Venom, sebagai Peter Parker dan bukannya Spider-Man. Filem Venom ialah antara filem yang ditunggu-tunggu apatah lagi apabila peminat mengetahui bahawa Tom Hardy bakal memegang watak sebagai Eddie Brock. Ramai juga yang membuat teori bagaimana filem ini akan berkait dengan dunia sinematik MCU.


Kevin Feige menyatakan bahawa Venom bukan sebahagian daripada filem MCU, namun, khabar ingin ini menyatakan sebaliknya. Jon Schnepp memberitahu hal ini dalam episod Collider Heroes najawa Tom Holland sudah dua hari berada di set filem Venom untuk menjalani penggambaran cameo tersebut.
Tom Holland was on set filming scenes on Venom for at least two days as Peter Parker. Okay, so I’m not saying Spider-Man is in the film. When I say Tom Holland’s Spider-Man is in the film, I’m saying Peter Parker is in the film.
Walaupun berita ini belum mendapat pengesahan daripada pihak Marvel dan Sony, ianya ialah sesuatu yang mengujakan. Diingatkan bahawa tiada Spider-Man dalam filem ini. Hanya ada Peter Parker sebagai dirinya sahaja. Strategi membawa masuk Peter Parker ialah strategi yang bagus untuk Sony mencantumkan dunia filemnya dengan MCU tanpa melanggar apa-apa perjanjian antara Marvel dan Sony.  

Catat Ulasan

0 Ulasan