Penjelasan Kenapa Suit Captain Marvel Berwarna Hijau Dalam Foto Set Filem



Para peminat filem superhero kini sudah dapat melihat sedikit gambaran suit yang bakal dikenakan oleh Brie Larson dalam filem Captain Marvel yang sudah menjalani pengambaran. Foto terbaru daripada set filem Captain Marvel, menunjukkan bahawa Brie Larson kelihatan mengenakan suitnya yang berwarna hijau.

Begini penjelasannya...

Dalam komik, Carol Danvers, seorang tentera udara mempunyai banyak kaitan dengan Kree, kaum yang mana lebih hebat dari manusia dan mempunyai ramai pahlawan. Antara pahlawan kaum Kree yang terkenal ialah Mar-Vell, yang juga dikenali sebagai Captain Marvel (bakal dimainkan oleh Jude Law). Danvers diculik oleh musuh Mar-vell dan ketika diselamatkan, Danvers mendapat kuasa daripada kaum Kree.

Danvers mendapat kuasanya selepas bertemu dengan Psyche-Magnitron, sebuah alat yang mengubah struktur genetiknya. Dia kini mempunyai separuh genetik Kree dan separuh genenik manusia sekaligus menyebabkan badannya memperoleh beberapa kebolehan lalu dia digelar sebagai Ms. Marvel. 


Sekarang, kaum Kree dikenali kerana mengenakan kostum hijau, walaupun Mar-Vell akan mengenakan kostum merah dan biru yang mana dikenali oleh ramai peminat. Mar-vell akan dimainkan oleh pelakon Jude Law, dan ianya masih menjadi tanda tanya bagaimanakah diri Danvers ini akan diadaptasi ke layar perak.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa kostum Carol Danvers yang dikenali juga sebagai Captain Marvel (juga Ms. Marvel) mungkin mengenakan kostum tradisi kaum Kree.

Catat Ulasan

0 Ulasan