TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Peminat RAM Bengang Adaptasi Novel Terlalu Longgar Gesa Tandatangan Petisyen

Peminat novelis thriller no 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid menggesa para peminat novel novelis tersebut untuk menandatangani sebuah petisyen online untuk menandakan bantahan terhadap adaptasi novel Ramlee Awang Murshid yang dikatakan terlalu longgar dan tidak menepati 100% seperti yang ditulis di dalam buku.


Petisyen ini menggesa supaya para peminat novel untuk sedar supaya mereka tidak ditipu oleh pelbagai alasan yang menyebabkan karya Ramlee Awang Murshid digubah sewenang-wenangnya. Di dalam petisyen itu juga, mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu imaginasi mereka hancur dek kerana adaptasi yang tidak menepati elemen penulisan di dalam novel.

Sebelum ini, naskah Tombiruo telah diadaptasi ke bentuk filem dan mendapat kutipan yang agak memberansangkan. Malah, selepas itu, Mandatori pula diadaptasi menjadi siri mini yang ditayangkan di Astro First. 

Adaptasi filem kebanyakannya akan lari daripada karya asal kerana faktor durasi masa, kehendak cerita, dan juga elemen yang disampaikan. Semestinya pengarah dan penulis skrip ada perkara berbeza yang mahu disampaikan sehinggakan ada perkara dari naskah asal yang terpaksa dibuang. 

Jika anda bersetuju dengan petisyen ini, anda boleh menandatanganinya di sini.

Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Kevin Feige Dedah Nasib Mangsa Petikan Jari Thanos Yang Berada Di Atas Kapal Terbang

Disney Beri Lampu Hijau Untuk Terbitkan Sekuel Filem 'Aladdin'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]