Peminat DC Ugut Dedah Spoiler 'Black Panther' dan Beri Review Negatif di Rotten Tomatoes


Sekumpulan peminat filem DC Comic merancang untuk sabotaj skor audien Black Panther di laman Rotten Tomatoes dalam usaha untuk merosakkan prestasi filem tersebut. Selepas beberapa tahun menunggu, Black Panther nampaknya bakal mengubah halatuju filem superhero selepas apa yang dilakukan Wonder Woman sebelum ini.



Filem Black Panther mendapat pujian dari khalayak yang sudah menontonnya di tayangan perdana. Namun, Marvelous Realm telah berkongsi sebuah posting Facebook yang memaparkan sekumpulan manusia yang mahu melihat kegagalan filem Black Panther. Group Facebook yang mempunyai ahli seramai 2000 orang itu merancang untuk menyerang filem itu kerana layanan tidak adil pada skor filem DC di Rotten Tomatoes.

Malah, mereka juga merancang untuk mendedahkan spoiler filem ini supaya merosakkan penontonan penonton yang bakal hadir menonton filem Black Panther di pawagam.


Walaupun sikap ini mendatangkan sedikit kekecewaan, perlu diketahui bahawa bukan semua penggemar filem DC berperangai sedemikian. Diharap bahawa penggemar filem DC dan juga MCU akan sama-sama membanteras usaha ini yang mana boleh merosakkan keseronokan menonton filem Black Panther kelak.

Catat Ulasan

0 Ulasan