Makna Jampi Serapah Chucky Dalam Filem Francais 'Child's Play'


Semua orang kenal Chucky. Patung ini sememangnya gila dan tidak ada belas kasihan langsung dalam membunuh mangsanya. Dalam filem-filem Chucky yang diterbitkan dari tahun 1988 sehinggalah sekarang, kita sering mendengar Chucky menyebut jampi serapahnya yang kita tahu mampu untuk membolehkan Chucky menukar jasadnya dari patung ke badan yang lain.


Kami akan huraikan perihal jampi serapah itu pada kali ini. Be brave, berhati-hati membaca jampi ini kerana kalau kau sedang membacanya di depan laptop, nescaya roh kau akan berpindah kepada laptop tersebut.

Teks Jampi Voodoo Chucky

Kita melihat Charles Lee Ray membaca jampi ini dalam filem pertama Child's Play yang diterbitkan pada tahun 1988. Dalam filem tersebut, Charles Lee Ray memindahkan roh dari badannya yang sedang nazak kepada sebuah patung Good Guy dan sekaligus bermulalah kisah seram filem Child's Play.


Jampi yang dilafazkan Chucky dalam filem Child's Play berbunyi lebih kurang berikut:

Ade due damballa. Give me the power I beg of you.
Secoise entienne mais pois de morte.
Morteisma lieu de vocuier de mieu vochette.
Endonline pour de boisette damballa!
Secoise entienne mais pois de morte.
Endelieu pour de boisette damballa! (x4)


Ade due damballa. Valinchella santeria. 
Oya shungo yenya macumba.
Give me the power, I beg of you.
Leveau mercier du bois chio.
Secoise entienne mais pois de morte.
Morteisme lieu de vocuier de mieu vochette.
Endelieu pour de boisette damballa! (x3)

Namun, di dalam Child's Play 2 (1991), jampi ini dipendekkan. Dan sepanjang filem Chucky, kelihatan bahawa beberapa frasa diubah dan yang kekal hanyalah berkataan 'Give me the power, I beg you'. Di dalam filem Seed of Chucky pula, Glen/Glenda hanya menghidupkan Chucky dan Tiffany dengan hanya menyebut 'Ade due damballa, awake'.

Kesimpulannya, jampi ini kelihatan berhasil jika perkataan Damballa disebut. Dan perkataan menyeru Damballa itu hanyalah rekayasa yang boleh ditukar-tukar mengikut keselesaan penyebutnya. 

Makna Jampi 

Jampi tersebut kedengaran seperti diucapkan dalam bahasa Perancis. Namun, siasatan kami dari laman web yang membincangkan hal ini, mereka menyatakan bahawa bahasa tersebut bukanlah bahasa Perancis yang betul. Ianya mungkin diubah suai daripada bahasa Perancis namun ianya tidak ada sumber yang jelas untuk menggambarkan makna setiap perkataan. 

Penggunaan perkataan Damballa kelihatan bahawa ianya merujuk kepada agama voodoo penduduk Haiti. Namun, ini hanyalah spekulasi dan kebenarannya hanya pembikin filem tersebut yang mengetahuinya. 

Apa Itu Damballa?
Rupa Damballa yang dipuja pengamal voodoo
Dalam pengamalan voodoo, Damballa (juga dikenali sebagai Damballah atau Damballah Weddo) boleh dikatakan sebagai pencipta langit dan antara kuasa yang mencipta kehidupan. Damballa juga digelar Sky Dather dan juga telah mencipta alam semesta dengan kehendaknya. 

Apa Itu Heart of Damballa?

Heart of Damballa ialah tangkal yang mana digunakan oleh Charles Lee Ray untuk memindahkan rohnya ke dalam tubuh patung Good Guy. Tangkal yang berbentuk unik dan mempunyai permata di tengahnya buat pertama kalinya ditayangkan kepada penonton dalam filem Bride of Chucky (1998). Warna tangkal dalam Bride of Chucky dan filem Seed of Chucky ialah berbeza, namun ianya ialah objek yang sama.

Di belakang tangkal tersebut, ada perkataan 'Ade Due Damballa, awake'. Tiffany kemudiannya menggunakan tangkal ini untuk kembali menjadi manusia dengan mengambil tubuh pelakon Jennifer Tilly bersama anaknya Glen.

Heart of Damballa dari filem Child's Play (1988) yang tidak dimasukkan ke dalam filem.
Heart of Damballa sepatutnya muncul dalam filem pertama Child's Play namun ianya dibuang atas sebab-sebab yang tidak diketahui. 

Adakah Jampi Ini Benar-Benar Wujud?

Ini ialah jawapan yang sukar untuk dijawab. Jika ianya wujud, dan melafazkannya akan membuatkan kilat sabung menyabung, maka ianya sudah tentu ada sesuatu. Tetapi, kami beranggapan bahawa jampi ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak membawa sebarang makna yang jelas untuk menyeru sesuatu. 

Kesimpulan

Tonton sahaja filem Chucky. Tak payah fikir banyak pasal makna jampi serapah ini melainkan kau nak memindahkan diri kau dari jasad kau sekarang ke jasad orang lain. Namun, semestinya kita perlu berhati-hati untuk mengucapkan ayat-ayat yang tidak diketahui maknanya dalam kehidupan kita. Berdasarkan pencarian kami di atas, ayat jampi voodoo ini kelihatan seperti sebuah jampi biasa yang tidak pernah wujud dalam dunia nyata. Jadi, pandai-pandailah anda menggunakannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan