John Cena Bakal Bintangi Filem Adaptasi 'Duke Nukem'


Pelakon John Cena kini antara barisan pelakon yang bakal membarisi filem adaptasi permainan video Duke Nukem. Michael Bay, Brad Fuller dan Andre Form bakal menerbitkan filem ini dibawah produksi Platinum Dunes. Watak Duke Nukem ialah watak hero tahun 1980an yang menghabiskan masanya melawan makhluk asing.


Adaptasi filem ini pernah dicadangkan pada sekitar lewat 90an selepas kejayaan filem Mortal Combat. Namun, ianya tiada khabar berita sehinggalah kini.

The Hollywood Reporter menyatakan bahawa Platinum Dunes kini sedang bersedia untuk membawa karakter itu ke dalam filem adaptasinya dan bakal dibintangi John Cena. Buat masa ini, tiada pengarah yang terlibat diumumkan, namun, pencarian untuk penulis lakon layar sedang dijalankan.


Catat Ulasan

0 Ulasan