TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Jean-Claude Van Damme Pernah Terlibat Dengan Filem 'Predator'?


Korang tahu tak bahawa aktor yang mengenakan suit Predator dalam filem Predator (1987) ialah pelakon Jean Claude Van Damme? Nah, ramai yang tak tahu bahawa pelakon ini pada awalnya dipilih untuk memakai suit predator dan 'menentang' Arnold Schwarzennegger. Hal ini kerana Van Damme mempunyai skil bela diri yang boleh digunakan untuk memaparkan aksi alien yang lebih unik.


Namun, dia disingkirkan kerana ketinggiannya yang hanya 5'9'' yang mana lebih pendek dari Schwarzennegger dan pasukannya. Ketinggian Schwarzennegger dan pasukannya ialah sekitar 6'2" hingga 6'5". Malah, Van Damme juga sering melaporkan bahawa suit yang bakal dikenakan terlalu panas sehinggakan dia rasa nak pengsan.

Selain itu, Van Damme juga tidak berkenan dengan kemunculannya yang tidak akan diketahui kerana memakai suit. Akhirnya, Van Damme disingkirkan dan suit itu dikenakan oleh Kevin Peter Hall sepanjang filem. 

Ini ialah suit asal yang digunakan untuk memaparkan watak Predator dalam versi halimunan. Pada awalnya, konsep watak predator ialah berbeza daripada apa yang kita lihat pada filemnya sekarang.
Predator versi asal mempunyai kepala yang panjang dan kelihatan seperti 'cicak' yang boleh berdiri dengan dua kaki (gambar di kanan). Disebabkan rupa inilah juga Jean Claude Van Damme menolak untuk berlakon (selepas pelbagai alasan lain) 

Untuk babak halimunan pula, suit khas yang berwarna merah digunakan. Kenapa tidak warna hijau seperti kebiasaan? Jawapannya mudah. Hutan itu sendiri sudah berwarna hijau. Jika makhluk Predator itu tidak menggunakan warna contra, maka sukarlah untuk team VFX untuk membuat efek halimunan untuk filem tersebut (gambar kiri).

Anda boleh tonton temubual di bawah dimana Matt Winston bercerita lebih lanjut berkenaan bagaimana pelakon seni bela diri ini akhirnya keluar daripada filem ini selepas menganggap dia boleh menunjukkan skil bela dirinya di dalam filem Predator.

Comments

Menarik!

Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem 'Mahathir: The Journey'

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Mallesham (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'