Filem Hollywood Dengan Elemen 'Time Loop' Yang Perlu Korang Tahu [Part 1]



Time loop boleh didefinisikan sebagai satu pengalaman karakter sesebuah cereka yang mengalami satu garis masa yang sama berulangkali. Dalam cereka yang menggunakan elemen time loop, karakter utama akan digambarkan cuba untuk memecahkan garis masa time loop supaya dia dapat menghadapi masa yang bergerak ke hadapan dan bukannya berulang lagi.


Time loop tidak memerlukan alat untuk merentas masa. Selalunya, time loop berlaku akibat daripada sumpahan dan juga kadangkala tanpa sebarang penjelasan. Kami akan bawakan filem dengan elemen time loop terbaik setakat ini. Ini ialah bahagian pertama, nantikan bahagian kedua.

1. Groundhog Days (1993)


Filem ini menampilkan pelakon Bill Murray, Andie MacDowell dan Chris Elliot. Diarahkan oleh Harold Ramis, filem ini mengisahkan bagaimana seorang pengacara rancangan di stesen TV, Phil Connors yang mana agak sombong terpaksa menghadapi satu masa yang berulang di hari Groundhogs. Phil terpaksa menghadapi masa yang berulang sehinggalah dia dapat menyelesaikan masalah sepanjang hari tersebut.


Pelbagai babak lucu dapat dilihat dalam filem ini. Tidak kurang juga yang menakutkan bila Phil Connors berani bunuh diri sebab tahu dia akan hidup kembali.

2. Before I Fall (2017)

Filem ini mengisahkan Samantha Kingston (Zoey Deutch) yang mana meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Uniknya, Samantha telah mendapati dia dibangunkan semula dan berada dalam satu hari yang berulang-ulang. Samantha perlu merungkai misteri time loop ini dan bagaimana untuk mengubah kehidupan dalam peluang yang ada.


Antara pelakon yang menjayakan filem ini ialah Zoey Deutch, Halston Sage, Logan Miller, Kian Lawley, Jennifer Beals, Diego Boneta dan Elena Kampouris. Filem ini diarahkan oleh Ry Russo Young.


3. Naked (2017)

Filem arahan Michael Tiddes ini ialah adaptasi filem Swedish bertajuk Naken. Filem ini dibintangi Marlon Wayans, Regina Hall, Jonathan Todd Jackson dan ditayangkan di Netflix pada 11 Ogos 2017. Naked mengisahkan Rob Anderson yang mana sedang berusaha untuk mengahwini gadis idamannya. Namun, dia ditakdirkan mengalami time loop dan setiap hari, dia akan bangun berbogel di dalam lif berulang-ulang kali.



4. Happy Death Day (2017)

Filem slasher unik arahan Christopher B. Landon ini dibintangi oleh Jessica Rothe, Israel Broussard dan Ruby Modline. FIlem ini mengisahkanseorang pelajar kolej yang terpaksa berada dalam time loop pada hari lahirnya sendiri sehinggalah dia membongkar siapa yang ingin membunuhnya dan menghentikan pembunuhan dirinya sendiri.



Filem edaran Universal Pictures ini dikatakan menggunakan plot mirip Groundhog Days dan mempunyai elemen Scream dan membuatkan ramai pengkritik berpuas hati dengan filem ini.

5. Edge of Tomorrow (2014)


Filem lakonan Tom Cruise dan Emily Blunt ini mengisahkan bagaimana Major William Cage yang mana terperangkap dalam time loop sehinggalah dia mampu menumpaskan makhluk asing yang sedang menyerang bumi. Filem ini ialah adaptasi daripada novel Jepun tahun 2004 bertajuk All You Need is Kill tulisan Hiroshi Sakurazaka.



Nantikan PART 2 dalam masa terdekat ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan