TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Filem 'Black Widow' Kini Sudah Ada Penulis Lakon Layar


Marvel Studios telah mengambil Jac Schaeffer untuk menulis skrip untuk filem solo Black Widow. Semenjak filem Iron Man 2, peminat filem Marvel sudah disajikan dengan watak tersebut yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson. Semenjak daripada itu, watak ini berkembang dan menjadi lebih besar. Namun, peminat kelihatan kecewa apabila masih belum ada filem solo untuk watak Black Widow tersebut.


The Wrap melaporkan bahawa sekarang ini, Marvel Studios sememangnya dalam pertimbangan untuk membuat filem tersebut. Namun, buat masa ini, kenyataan rasmi daripada Kevin Feige masih belum ada berkenaan tarikh tayang filem ini ataupun juga plotnya. Jac Schaeffer yang diberi tugas menulis skrip filem ini sebelum ini pernah menulis untuk siri tv Blacklist.

Jac Schaeffer bukanlah nama yang besar dalam industri Hollywood. Tetapi, namanya sebagai penulis nama Blacklist sememangnya membuatkan dia dikenali. Dia juga ialah penulis lakonlayar yang bertanggungjawab menulis untuk filem pendek Olaf Frozen Adventure.

Dengan penulis lakonlayar filem Black Widow sudah ditemui, sekarang ini, mungkin filem berkaitan superhero ini akan menjadi pemula kepada filem Marvel Phase 4. 

Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)