DC Batalkan Pembikinan Filem Solo 'Deadshot' dan 'Lobo' ?


Ada khabar angin bertiup kencang menyatakan filem solo Deadshot dan Lobo tidak lagi berada dalam senarai filem yang bakal dibikin DC Films. Semenjak kejayaan MCU, Warner Bros sedang cuba untuk membuka ruang sinematik superhero mereka sendiri melalui beberapa filem. Filem DCEU yang terbaru, Justice League kelihatan gagal untuk menarik perhatian penonton kerana kekacauan yang dibikin oleh pertukaran pengarah dan juga percanggahan idea.


Selepas pengumuman president baru DC Films, DiscussingFilms melaporkan yang Will Smith tidak lagi akan membintangi filem solo Deadshot. Filem seterusnya lakonan pelakon itu dalam dunia DCEU ialah Suicide Squad 2. Khabar angin ini juga menyatakan bahawa projek filem solo watak Lobo juga sudah terbengkalai buat masa ini. Hal ini diberitahu oleh Mario F Robles dalam Twitternya. 




Disebabkan DC mempunyai banyak watak besar untuk difokuskan sekarang, meletakkan filem solo Deadshot dan Lobo ditepi mungkin sesuatu yang munasabah. Di bawah pentadbiran presiden baru, filem-filem DCEU mungkin akan fokuskan kepada watak-watak filem Justice League dan juga filem solo mereka sendiri.

Catat Ulasan

0 Ulasan