Apa Yang Kami Tahu Tentang Filem Shah Rukh Khan Terbaru 'Zero' Setakat Ini


Peminat filem pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan pasti akan bersorak apabila mengetahui bahawa filem terbaru pelakon itu akan ditayangkan Disember 2018. Shah Rukh Khan telah memuat naik teaser trailer filem tersebut di Twitter pada 1 Januari 2018 sebagai permulaan promosi. Filem ini bakal menggandingkan Anushka Sharma dan Katrina Kaif dan bakal menyaksikan transformasi terbaru SRK sebagai seorang lelaki kerdil.


Walaupun tempoh tayangan masih lagi jauh, ini ialah apa yang kami boleh korek tentang filem ini setakat ini:

1. Karakter Shah Rukh Khan

Pelakon ini buat pertama kalinya akan memegang watak sebagai seorang lelaki kerdil. Ini juga ialah kolaborasi pertama Shah Rukh Khan bersama pengarah Aanand L Rai yang sebelum ini popular dengan filem Tanu Weds Manu. 

2. Karakter Katrina Kaif dan Anushka Sharma

Dilaporkan bahawa Anushka Sharma akan memegang watak yang agak unik di dalam filem ini. Katrina Kaif pula dilaporkan akan memegang watak sebagai seorang pelakon. Pada awalnya, filem ini dinamakan Katrina Meri Jaan namun ditukar kerana tidak mahu penonton menyalah anggap plot filem ini.

3. Peranan VFX

Selain gandingan 3 pelakon hebat, kesan khas juga memainkan peranan yang penting dalam filem ini.Teknologi kesan khas digunakan untuk mengecilkan pelakon ini. Watak Shah Rukh Khan akan dirakamkan menggunakan Forced Prespective, satu teknik ilusi optik dimana sesuatu objek itu boleh dibesarkan atau dikecilkan sekaligus mampu mengecilkan pelakon tersebut.

Syarikat VFX milik Shah Rukh Khan bertanggungjawab menjalankan tugas untuk memberikan kesan khas yang nampak hebat.

4. Tigmanshu Dhulia akan mainkan watak ayah kepada Shah Rukh Khan

Pelakon yang sebelum ini terkenal dalam filem The Gangs of Wasseypur ini akan memegang watak ayah kepada SRK. Tigmanshu menyertai projek ini kerana teruja mahu mengetahui bagaimana sebuah filem yang berskala besar sebegini dibikin.

5. Kemunculan istimewa

Dilaporkan bahawa Rani Mukherjee dan Kajol akan membuat kemunculan istimewa dalam filem ini. Mereka akan memegang watak sebagai diri mereka sendiri. Pelakon lain yang akan membuat kemunculan istimewa dalam filem ini ialah Alia Bhatt, Sridevi dan Karisma Kapoor.

Catat Ulasan

0 Ulasan