5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]



Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia.

Jika berminat:


Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara:

1. Abuya: Part 2 (2011)


Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat.

Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang muncul dalam trailer seperti adegan lesbian dipotong daripada filem sebenar. 

Dengan kos yang menelan belanja RM1.20 juta, filem ini hanya mampu mengutip kutipan RM220 ribu sahaja sepanjang tayangan.

2. Songlap (2012)


Filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini antara naskah filem Malaysia yang berkualiti. Dibintangi pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali, filem ini berjay meraih banyak pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke 25 dan menerima 15 pencalonan daripada 23 kategori yang dipertandingkan.

Adegan ayah Hawa melancap ialah antara adegan yang agak 'panas' walaupun ianya tidak ditayangkan dengan jelas. Selain itu, filem yang memaparkan isu jual anak dan juga keruntuhan moral ini juga memaparkan kisah dunia pelacuran. 

Dari segi kutipan tiket, filem ini berjaya meraih untung apabila mengutip RM2.13 juta daripada kos pembikinan yang menelan belanja RM1.17 juta.


3. Chow Kit (2012)


Kisah manusia di lorong Chow Kit yang diarahkan oleh Rosihan Zain dan Brandon Lee ini menggabungkan bakat hebat dari bintang-bintang seperti Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Lana Nordin, Namron dan lain-lain. 

Filem ini memaparkan realiti kisah di sebalik lorong sempit itu yang dipaparkan dengan cara yang jujur. Malah, adegan 'lurah' Lana Nordin antara yang ditayangkan dalam filem ni. Paparan dunia pelacuran dan juga budak-budak Chow Kit yang bebas berkata apa sahaja tanpa tapis antara yang menjadikan filem ini berani dan luar biasa. 

Filem ini gagal mendapat kutipan memberansangkan apabila hanya mendapat kutipan sebanyak RM450 ribu sahaja sepanjang tayangan. 

4. 2 Alam (2010)


Pada tahun 2010, kecoh tentang filem 2 Alam yang dikhabarkan mahu bikin kutipan paling hebat sepanjang sejarah filem Malaysia. Malangnya, filem dengan kos pembikinan sebanyak RM1.51 juta ini hanya mampu mendapatkan kutipan sebanyak RM440 ribu sahaja sepanjang tayangan. 

Antara yang menggagalkan filem ini semestinya pelakon pelakon yang hanya tahu memaparkan badan sahaja tetapi tidak menampilkan lakonan yang mantap. Walaupun Aaron Aziz masuk gelanggang untuk membantu, ianya gagal untuk memberikan sebuah filem yang berkesan walaupun sinematografinya agak cantik. 


5. ... Dalam Botol (2011)


Filem pertama arahan Khir Rahman ini diterbitkan oleh Raja Azmi yang menampilkan pelakon baru seperti Wan Raja, Arja Lee dan ramai lagi. Kisah transgender dan juga tajuk filem yang agak kontroversi ini membuka ruang kontroversi kepada filem ini. Ini boleh dikatakan sebagai filem homoseksual dan transgender pertama Malaysia.

Kos pembikinan filem ini ialah RM880 ribu. Namun, dengan kos yang rendah itu pun, ianya gagal untuk balik untung apabila hanya mampu mengutip RM570 ribu sahaja sepanjang tayangan. 


Catat Ulasan

0 Ulasan