5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]



Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia?

Jika berminat:



Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 

1. Spinning Gasing (2001)


Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja.

Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman itu ditarik balik selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis filem tersebut. Sebanyak 25 adegan dipotong daripada filem tersebut untuk tayangan pawagam. Penerbit terpaksa membuat rayuan untuk mengurangkan potongan tetapi ditolak LPF.

Namun begitu, versi cakera padat diluluskan LPF tanpa sebarang potongan. 


2. Mencari Cinta (2013)
Filem yang menggandingkan pelakon Rusdi Ramli dan Nora Danish ini mula panas apabila trailer filem tersebut memaparkan aksi ranjang pelakon tersebut. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan adegan tersebut yang tidak sesuai ditonton oleh segenap lapisan. Mereka menganggap bahawa ianya satu publisiti murahan yang tidak mampu membantu langsung filem tersebut.


Dengan kos produksi yang menelan belanja RM1.12 juta, filem ini hanya berjaya mengutip RM350 ribu sahaja di pawagam sepanjang tayangan.

3. Laga (2014)

Laga mengembalikan pelakon versatail seperti Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan Wan Hanafi Wan Su. Filem yang diarahkan oleh Ismail Yaakob ini terpalit kontroversi apabila adegan ranjang diantara Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Wan Su hangat diperkatakan. Netizen menganggap ianya ialah gimik murahan pengarah yang 15 tahun tidak mengarahkan filem.


Filem ini hanya mampu mengutip RM158,674.88 sahaja sepanjang tayangan. Kos pembikinan filem ini berjumlah RM1.5 juta. 


4. Jalan Kembali: Bohsia II (2012)

Sekuel kepada filem Bohsia: Jangan Jangan Pilih Jalan Hitam (2009). Filem arahan Syamsul Yusof ini sememangnya cuba untuk menyedarkan masyarakat. Namun, filem ini dipenuhi dengan bahasa yang agak kurang sopan dan juga kehidupan Bohsia yang sememangnya dipaparkan dengan sangat terbuka.

Adegan yang mungkin 'rare' dalam filem ini ialah dimana Amy lakonan Salina Saibi dibuli oleh Kak Rock lakonan Mak Jah. Kak Rock dengan ganasnya merodok alat sulit Amy dengan berus jamban. 


Kos pembikinan filem ini menelan belanja RM1.5 juta. Kutipan filem ini berjaya melepasi paras RM1 juta apabila ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei.

5. KL Gangster 2 (2013)


Anda pasti ingat adegan 'tora tora' yang menjadikan watak Tailong amat kejam sekali gambarannya. Filem sekuel kepada filem KL Gangster ini dibikin dengan kos RM3.7 juta. Syamsul Yusof memilih untuk membawakan lebih kekejaman dalam filem ini dengan memaparkan pelbagai adegan tarung yang agak boleh tahan hebatnya.


Malah, filem ini juga berjaya terlepas daripada LPF apabila babak Tailong merogol adik kepada Jai dipaparkan tanpa potongan. KL Gangster 2 ialah filem aksi arahan Syamsul Yusof yang terakhir apabila filem tersebut bocor sebelum filem ini ditayangkan. Akibatnya, filem ini hanya mampu mengutip RM4.5 juta sahaja sepanjang tayangan.


 

Teruskan pembacaan korang ke PART 2 [https://goo.gl/Yv7Mj4]

Catat Ulasan

0 Ulasan