TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

5 Fakta Tentang Filem Makrifat Cinta Yang Anda Perlu Tahu


Syamsul Yusof akan kembali sebagai pelakon dalam filem terbarunya Makrifat Cinta. Ini menandakan pertamakalinya Syamsul Yusof bekerjasama dengan pengarah baru, Kamal G. Pengarah filem ini telah berkongsi beberapa perkara sepanjang penghasilan filem ini kepada Star2.com dalam satu temu bual.


1. Diinspirasikan dari kisah benar

Pengarah kelahiran Ipoh ini mendedahkan bahawa filem ini bercerita tentang seorang lelaki bernama Mahathir yang mana melalui liku hidupnya sehinggalah dia menjadi jutawan. Pelbagai rintangan dihadapinya. Ini ialah kisah benar yang dihadapi sendiri oleh rakan Kamal G sendiri yang sekaligus menginspirasikannya untuk membikin filem ini.

2. Syamsul Yusof tak yakin dengan filem ini pada awalnya

Kamal G menyatakan bahawa dia ialah peminat filem Syamsul Yusof. Untuk mendapatkannya berlakon dalam filem ini, dia membuat temu janji melalui seorang rakan. Setelah idea filem Makrifat Cinta ini dipersembahkan, Syamsul Yusof tidak yakin dengan draf pertama filem ini.

Kamal G menulis semula skrip mengikut cadangan Syamsul Yusof dan akhirnya berjaya membawa pengarah tersebut untuk membintangi filem ini. 

3. 'Kabel' Syamsul Yusof

Melalui rangkaian kenalannya dalam industri, Syamsul Yusof mula memancing pelakon-pelakon yang pernah berlakon bersamanya dan mengenalinya untuk menyertai filem ini. Maka, Nabila Huda, Nora Danish pun turut serta atas pujukan Syamsul Yusof. Pengarah itu berjaya meyakinkan mereka dengan memberikan idea Makrifat Cinta yang bukan seperti kisah cinta tipikal biasa.

4. Shooting babak yang RM70 ribu

Filem ini mempunyai satu babak yang menelan kos belanja RM70 ribu. Adegan helikopter mendarat di atas helipad Menara KH di Kuala Lumpur menelan belanja yang amat besar.

5. Adaptasi versi Tamil

Kamal G mahu mengadaptasi Makrifat Cinta kepada versi Tamil. Namun, kelihatan seperti filem ini masih lagi samar mengenai sambutannya.


Apakata kita ke pawagam pada 1 Februari 2018 nanti untuk melihat sendiri naskah terbaru lakonan Syamsul Yusof nanti. Pasti agak luar biasa apabila melihat Syamsul Yusof di bawah pengarah baru. 

Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Disney Dilaporkan Minta Sony Kongsi 25% Keuntungan 'Spiderman', Bukan 50%

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

George Lucas Dedah Makna Nama Robot R2D2 Dan C-3PO Dari Filem 'Star Wars'

Ulasan Filem: Krasue Inhuman Kiss (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Paskal' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Seven (2019)