5 Babak Filem Malaysia Yang 'Rare' Untuk Generasi Kini [PART 1]



Filem Malaysia pernah gemilang dan mekar. Pelbagai genre dan juga suasana cuba untuk dikisahkan dalam filem Malaysia suatu ketika dahulu. Namun, dahulu dan kini tidak sama. Industri filem Malaysia berubah selaras dengan kehendak masyarakat ini. Ada yang sudah jatuh, tenggelam dan hilang, namun memori filem lama masih ada.


Kami bawakan 5 babak dari filem Malaysia yang rare yang jarang dijumpai dalam filem sekarang.

1. Dato' Mokhtar Dahari kena saman DBKL

Ini antara babak yang memang unik. Pemain bola sepak terkenal Malaysia pada zaman 90an dahulu membuat kemunculannya dalam satu babak filem Mekanik (1983). Filem ini antara filem yang pernah menjalani pengambaran di taman tema pertama Malaysia, Mimaland. Filem ini diarahkan oleh Othman Hafsham.

2. Pergaduhan ala-ala 'koboi' P Ramlee


P. Ramlee memegang watak Tantari dalam filem aksi ini. Nasib baik zaman ni Tony Jaa dan Iko Uwais belum lahir lagi.


3. Hantu cakap Tamil, marah sebab rampas kawasan



Babak ini dipetik daripada filem Da Di Du (1981). Filem ini menampilkan A.R Badul, Ibrahim Pendek dan ramai lagi pelakon sezaman.

4. Rosyam Nor vs Rosyam Nor


Dalam filem Senario XX (2005) yang menjadi filem kelima kumpulan Senario, Rosyam Nor membuat cameo yang paling unik sepanjang sejarahnya. Dia memegang dua watak yang mana satu daripadanya menggunakan suara Lan Pet Pet. Malah, dalam babak ini juga, kita akan dapat lihat pelakon Raja Farah di awal pengelibatannya dalam dunia filem.

5. Pengembaraan masa lalu, Hang Tuah bertarung Hang Jebat


Antara filem prolifik arahan Aziz M Osman. Filem yang berkisar tentang pengembaraan ke masa silam ini membawa satu nafas baru dalam pengisahan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat. Filem ini ditayangkan pada tahun 1995 dan memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia ke 12.

Catat Ulasan

0 Ulasan