3 Soalan Yang Selalu Ditanya Berkenaan Black Widow / Natasha Romanoff


Black Widow ataupun nama penuhnya Natalia Alianovna Romanova (juga dikenali sebagai Natasha Romanoff) ialah watak ciptaan Stan Lee yang mana muncul dalam siri komik Tales of Suspense No. 52 pada April 1964. Karakter ini diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai spy Rusia, dan antara penentang kuat Iron Man. Namun, selepas itu dia menjadi ejen S.H.I.E.L.D dan menjadi sebahagian daripada pasukan Avengers.


Kami bawakan tiga soalan yang korang nak sangat tahu pasal Black Widow. Kalau ada lagi soalan lain, jangan lupa pm kitorang untuk kitorang jawab.

Siapakah lelaki yang pernah kapel dengan Black Widow?


JAWAPAN: Banyak. Selepas dia dapat tahu suaminya mati (fake death, cerita pasal suaminya dalam post seterusnya), Natasha ke US lalu dia pun bercinta dengan Hawkeye. Selepas putus dengan Hawkeye, dia bercinta pulak dengan Daredevil. Lepas break dengan Daredevil, dia bercinta pulak dengan mutant Hercules. Tapi, hubungan paling femes ialah antara Natasha dan Bucky Barnes The Winter Soldier. Malah, dalam alternate universe, Natasha pernah juga bercinta dengan Dr Doom (Fantastic Four) dan Iron Man. Fuh, banyak sungguh!


Kenapa tiada filem Black Widow?

JAWAPAN: Pada tahun 2004, Lionsgate pernah mahu menerbitkan filem Black Widow (pada masa tu MCU masih belum ada). Ketika itu, filem yang mempunyai perempuan sebagai karakter utama seperti Aeonflux, Ultraviolet dan BloodRayne sedang trending. Perancangan filem tersebut dibatalkan 3 hari selepas filem Aeonflux gagal mendapat kutipan memberangsangkan. 

Hak cipta watak itu dikembalikan semula kepada Marvel. Marvel pada mulanya mengambil Emily Blunt sebagai pemegang watak ini. Namun, Emily Blunt terpaksa mengundur diri apabila ada masalah jadual dengan penggambaran filem Gulliver's Travel. Dan sehingga sekarang, jadilah Black Widow yang kita kenali.

Dan terkini, Marvel sudah mengumumkan bahawa filem Black Widow akan bersiap sedia untuk menemui peminat. Namun, proses tersebut masih di peringkat awal.


Macamne Natasha Romanov ni dapat gelaran Black Widow? 

JAWAPAN: Natasha Romanov (lahir 1924) ni menjadi anak yatim piatu apabila dia terperangkap dalam bangunan terbakar ketika serangan askar Starlingard. Seorang askar Soviet, Ivan Petrovitch Bezukhov menyelamatkan Natasha dan menjaganya sehingga dia dewasa. Pada lewat 1930an, dia mendapat perhatian Perisikan Soviet yang melatihnya. 

Pada 1941, dia hampir di'brainwash' ke dalam satu puak ninja, The Hand namun diselamatkan oleh Ivan, Logan (ketika itu masih belum pakai nama Wolverine) dan Captain America. Selepas Perang Dunia Kedua, Natasha direkrut menjadi sebahagian daripada program Black Widow, sebuah pasukan ejen perisik elit perempuan. 

Antara yang menjadi jurulatih pasukan ini ialah Winter Soldier. Natasha belajar menari balerina untuk sembunyikan identitinya. Soviet kemudiannya merancang perkahwinan Natasha dengan Alexi Shistakov, seorang juruterbang. Selepas beberapa tahun hidup bahagia, KGB memalsukan kematian Shostakov (Shostakov menjadi superhero dikenali sebagai Red Guardian) dalam ujian roket sehingga menyebabkan Natasha meneruskan fokus dalam pembelajaran di Red Room Academy sebelum diberi gelaran Black Widow.


Catat Ulasan

0 Ulasan