TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

10 Perkara Yang Korang Tak Tahu Pasal Filem 'American Pie'



Filem American Pie semestinya antara filem yang selalu menjadi tontonan remaja secara curi-curi. Filem tersebut tidak pernah ditayangkan di Malaysia tetapi remaja pada zaman tersebut berjaya menonton filem tersebut melalui lanun cetak rompak yang berleluasa di pasar malam dan juga kedai terbuka.


Kami kembalikan kenangan filem ini dengan memberikan 10 fakta berkenaan filem American Pie yang diterbitkan pada tahun 1999 ini:

1. Filem ini memulakan satu term yang pada awalnya tidak pernah ada iaitu MILF. Korang carilah sendiri maksud makna itu. Tetapi, tahukah korang bahawa MILF sebelum filem ini terbit hanyalah merujuk kepada sebuah pertubuhan pengganas Filipina, Moro Islamic Liberation Front. Pasukan ini masih aktif hari ini.

2. Dalam skrip asal, nama pertama Steve Stifler ialah Ryan, nama akhir Paul Finch pula ialah French, dan nama tengah Oz ialah Dieter.

3. Menjadi filem pertama Sean Willian Scott, dia hanya mendapat bayaran USD8,000 sahaja untuk memegang watak Steve Stifler. Namun, untuk American Reunion, dia mendapat bayaran sebanyak USD5 juta!

4. Bajet filem ini hanyalah USD11 juta. Tetapi, filem ini berjaya mengutip USD235 di seluruh dunia.

5. East Great Falls High School diinspirasikan daripada sekolah Adam Herz, penulis lakon layar ini yang bernama East Grand Rapids High School.

6. John Choo ialah pelakon yang paling tua memegang watak pelajar sekolah dalam filem ini. Ketika itu, dia berusia 26 tahun.

7. Pelakon Eugene Levy yang memegang watak sebagai ayah kepada Jim selalu improvise dialognya sendiri. Dia pernah mengugut untuk keluar daripada filem ini jika semua dialog spontan yang dituturkannya tidak dimasukkan ke dalam filem.

8. Penulis lakonlayar filem ini berjaya menjual skrip ini kepada studio dalam masa hanya enam minggu. Tajuk awal filem ini di muka skrip tulisannya ialah "Untitled Teenage Sex Comedy That Can Be Made For Under $10 Million That Most Readers Will Probably Hate But I Think You Will Love"!.Ketika pengambaran, filem ini menggunakan working title "Great Falls" sebelum akhirnya ditukarkan menjadi "American Pie"

9. Pelakon Jason Biggs pada asalnya mempunyai pelakon gantian untuk adegan seks dalam filem ini. Namun, pelakon gantian itu dipecat kerana parut yang ada di tubuhnya. Nak tak nak, Jason Biggs terpaksa melakonkan kesemua adegan seks di dalam filem ini dengan sendiri.

10. Filem ini perlu diubah sebanyak empat kali untuk mendapatkan klasifikasi R-rated.



Comments

Menarik!

Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem 'Mahathir: The Journey'

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Mallesham (2019)

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'