10 Fakta Berkenaan Filem Trilogi 'Fifty Shades' Yang Ramai Tak Tahu

Fifty Shades Freed, sekuel terakhir kepada filem trilogi Fifty Shades bakal ditayangkan pada Februari ini. Filem ini bakal mengembalikan kesinambungan kisah cinta Anastasia dan Sebastian Grey. Di seluruh dunia, filem ini mendapat reaksi yang pelbagai.


Kami bawakan himpunan 10 fakta berkenaan filem dan buku asal tulisan EL James ini di bawah. Jom baca.

1. Nama pena EL James pada asalnya ialah Snowqueen Icedragon. Dia menerbitkan naskah trilogi ini menggunakan nama itu di dalam laman web fanfiction.net pada Ogos 2009. 

2. Pada masa trilogi Fifty Shades masih panas, kedai hardware melaporkan bahawa terdapat meningkatan jualan tali di kedai mereka.

3. Satu badan kebajikan di UK amat jelik dengan buku tersebut sehinggakan mereka menggesa sesiapa sahaja mendermakan buku itu kepada mereka untuk dibakar. Hanya 24 buah buku sahaja yang mereka terima. Jadi, daripada membakar buku tersebut, mereka menjadikannya tisu tandas.

4. The Red Room of Pain mengambil masa yang agak lama untuk dicipta. Hal ini disahkan oleh pereka set C. Scott Baker yang mana mereka tidak mahu ianya lari daripada konsep BDSM yang sebenar.

5. Buku Fifty Shades sebenarnya bermula sebagai tulisan fan fiction 'Twilight'. EL James begitu menggemari karya Stephanie Meyer itu tetapi nampaknya Stephanie Meyer tidak pula menggemari Fifty Shades.

6. Buku Fifty Shades of Grey telah terjual melebihi 100 juta salinan di seluruh dunia. Bilangan itu melebihi jualan Harry Potter and the Deathly Hallows dan juga siri Twilight.

7. Jamie Dornan melakukan rutin ketat untuk menjadi watak Christian Grey. Dia hanya mengambil protein shakes sebanyak lima kali sehari, tiga jam rutin workout, termasuklah melakukan ratusan sit up. Rutin Dakota Johnson pula ialah melakukan yoga dan juga menjalani 45 minit latihan fitness dengan jurulatih selebriti.

8. EL James kini ialah penulis novel dengan bayaran tertinggi. Focus Features dilaporkan membeli naskah buku pertama trilogi ini dengan bayaran USD 3 billion.

9. Dakota Johnson mempunyai pelakon pendua yang diperlukan apabila babak yang mendedahkan punggungnya tertutama ketika babak spanking. Jamie Dornan pula mengenakan kantung kecil yang menutup alat sulitnya dengan bulu pubik palsu si sekelilingnya. 

10. Sesetengah sex toys dimodifikasikan supaya ianya tidak menyakitkan dan meninggalkan kesan kepada pelakon Dakota Johnson. 


Catat Ulasan

0 Ulasan