Tonton Filem Penuh 'Who Killed Captain Alex' Di Sini


Tahukah anda bahawa filem Who Killed Captain Alex boleh dikira sebagai antara filem berdurasi panjang termurah di dunia. Filem tersebut dihasilkan dengan bajet lebih kurang USD200 sahaja dan menggunakan kreativiti yang sangat melampau sampaikan James Cameron pun boleh lemah jantung bila menontonnya.




Filem Who Killed Captain Alex dihasilkan pada tahun 2010 dan diterbitkan dan diarahkan oleh Nabwana IGG di Wakaliwood, sebuah studio bajet kecil di Kampala, Uganda. Filem tersebut menjadi viral di kalangan rakyat Afrika. Dikatakan versi filem asal hilang kerana masalah komputer dan naskah yang masih sempat diselamatkan dimuat naik secara online termasuklah video di sebalik tabir.

Who Killed Captain Alex mengisahkan bagaimana Captain Alex, seorang tentera hebat yang diarahkan untuk memusnahkan kumpulan Tiger Mafia, sebuah kumpulan mafia yang mengawal Kampala. Kumpulan ini diketuai oleh Richard. Adik Richard ditangkap oleh Captain Alex sekaligus menyebabkan Richard cuba membalas dendam. 

Nah, korang tontonlah sendiri siapa pembunuh Captain Alex tu. 


Catat Ulasan

0 Ulasan