'Realms', Filem Thriller Kerjasama Malaysia, US dan Thailand


Nampaknya, walaupun industri filem kita nampak seperti kecil, tanpa sedar, kita sedang melangkah untuk dikenali di luar sana. Terbaru, Fita Studio milik UiTM Holdings akan menayangkan sebuah filem seram yang dilakonkan oleh pelakon dari Amerika Syarikat dan juga Thailand. Filem bergenre thriller itu bakal berada di pawagam pada 18 Januari 2018.


Pelakon dari siri tv terkenal Teen Wolf, Ryan Kelley dan Madison McKinley ialah antara pelakon yang membintangi filem ini selain Priya Lundberg, Golf Pichaya dan Air Phantila. Filem ini menjalani penggambaran di Bangkok Thailand.

Ianya mengisahkan bagaimana dua orang perompak yang mana menjadikan tiga orang warga Thailand sebagai tebusan selepas dikejar oleh polis. Kisah cemas ini bakal memaparkan bagaimana tiga orang warga Thailand ini cuba untuk melepaskan diri daripada dijadikan tebusan. Sekaligus, ternyata plot ini kelihatan sangat mencemaskan. 


Daric Gates, yang sebelum ini pernah terlibat dalam filem Jackie Chan, Skiptrace sebagai Second Unit Director mengarahkan filem thriller ini. FIlem ini diterbitkan dengan kerjasama Fita Studios (yang sebelum ini menerbitkan Chowrasta) dan Film Fram Productions. Jangan lupa menonton kisah mencemaskan ini di pawagam nanti tau!

Catat Ulasan

0 Ulasan