Plot Skrip 'Justice League' Yang Dirancang Sebelum DCEU Tampilkan 28 Karakter Dalam Satu Filem



Maklumat berkenaan skrip filem Justice League yang tidak digunakan menunjukkan betapa teruknya filem ini sebelum DCEU bermula. Filem Justice League yang sudah ditayangkan mendapat reaksi yang agak  negatif daripada peminat kerana jauh lari daripada sangkaan awal peminat. Sepanjang DCEU bermula, perancangan untuk meneruskan dunia sinematik superhero DC itu berubah saban tahun.


Sekitar tahun 2011, sebelum DCEU bermula, Warner Bros merangka skrip untuk Justice League. Will Beall, penulis lakonlayar yang menulis lakonlayar Aquaman menulis draf pertama filem Justice League sebelum Man of Steel, Batman vs Superman: Dawn of Justice, Suicide Squad dan Wonder Woman muncul di layar. Justice League ketika itu mahu dijadikan sebagai filem setup pertama kepada DCEU namun perancangan itu ditarik balik.

The Wrap berjaya mendapatkan skrip tulisan Will Beall. Di dalam skrip filem tersebut, antara elemen yang ada ialah Darkseid sebagai penjahat utama, elemen merentas masa, anak Batman dan Wonder Woman, tiada Aquaman tetapi ada ahli Justice League yang lain. Watak yang dimasukkan dalam skrip tersebut ada 28 termasuklah Darkseid, Steppenwolf, Batman, Superman, KGBeast, Lex Luthor, Killer Croc, Desaad, Flash, Amanda Waller, King Faraday, Tattooed Man, Copperhead, Cheetah, Solomon Grundy, John Stewart, Hawkman, Kanjar Ro, Wonder Woman, Katma Tui, Kilowag, Guy Gardner, Salakk, Tomar-Re, Deathstroke, Huntress, Captain Boomerang, dan Mercy Graves.

Plot Justice League versi ini pula bermula apabila Desaad, anak murid Darkseid mencuri Kryptonite daripada Lex Luthor. Dalam misi itu, Killer Croc terbunuh. Superman dan Batman ialah rakan baik yang mana merekrut The Flash selepas bertempur dengan Desaad. Stewart dan Hawkman cuba untuk menghentikan Desaad daripada menjadikan Kryptonite senjata dan gagal. Ini sekaligus menyebabkan Superman dikawal oleh Darkseid. 

Desaad lalu membunuh semua Green Lantern Corp kecuali Stewart. Selepas Superman berjaya melepaskan diri daripada kawalan Darkseid, dia merentas masa ke masa hadapan untuk bertemu Batman yang dah tua, Wonder Woman, dan anak mereka Clark Wayne. Di masa itu, Lex Luthor cuba untuk menghentikan Darkseid, namun dia membunuh 80% populasi manusia.

The Flash di masa hadapan merentas masa ke masa sekarang dan tewas di tangannya sendiri. Pertarungan akhir ialah antara Apokolips bersama keseluruhan Justice League, semua Lanterns. Puak Amazon pula bertempur dengan Darkseid dan juga askar-askarnya!

Walaupun Justice League yang sudah siap masih belum mampu untuk memuaskan kehendak peminat, sekurang-kurangnya, ianya versi lebih baik daripada ini. Adalah tidak logik bagaimana 28 watak boleh berada dalam 2 jam jika skrip asal ini benar-benar terjadi. 

Catat Ulasan

0 Ulasan