Kenali Selebriti Bollywood- Katrina Kaif



Hari ini, kita akan kenali seorang pelakon Bollywood yang tidak asing lagi dalam industri filem Bollywood sekarang, Katrina Kaif. Mempunyai badan yang mengiurkan, senyuman yang menawan dan juga gerak tari mengasyikkan, pelakon ini bakal menarik perhatian setiap kali persembahannya di layar perak. 


Berikut ialah biodata ringkas pelakon ini. 

Nama asal Katrina Kaif ialah Katrina Turquotte. Dilahirkan pada 16 Julai 1983 di Hong Kong sebelum berpindah ke beberapa negara dan berakhir di London. Karier Katrina Kaif bermula sebagai seorang model. Di sebuah pertunjukan fesyen di London, seorang pembikin filem, Kaizad Gustad menawarkan Katrina Kaif berlakon dalam filem pertamanya, Boom (2003), yang gagal. 

Ketika pengambaran filem di India, dia juga mendapat tawaran menjadi model di sana. Namun, kebanyakan pembikin filem pada awalnya tidak mahu mengambilnya berlakon kerana tidak dapat bertutur bahasa Hindi dengan baik. Dia kemudiannya muncul dalam filem Telugu bertajuk Malliswari (2004). 

Katrina Kaif mendapat kejayaannya dalam dunia Bollywood apabila berlakon dalam filem Maine Pyaar Kyun Kiya(2005) dan Namaste London (2007). Beberapa filemnya pecah panggung namun lakonannya dikritik kerana wataknya yang cliche. Katrina Kaif kemudiannya berlakon dalam filem New York (2009) yang mana menyebabkan dia dicalonkan dalam kategori Best Actress di Filmfare Award. 

Selepas lakonannya dalam Ajab Prem Ki Ghazab Kahani (2009), Raajneeti (2010) dan Zindagi Na Milegi Dobara (2011), dia mendapat pencalonan buat kali kedua dalam Filmfare melalui filem Mere Brother Ki Dulhan (2011). Karier Katrina Kaif makin memuncak apabila dia membintangi Ek Tha Tiger (2011) disamping Salman Khan, dan Dhoom 3 (2013). 

Filem terbarunya, Tiger Zinda Hai bakal ditayangkan 25 Disember 2017. 


Catat Ulasan

0 Ulasan