Ini Fakta Tentang Santa Claus Dalam Dunia Komik Marvel Yang Korang Perlu Tahu



Santa Claus, nama yang sememangnya sinonim dengan Krismas. Tetapi, tahukah anda bahawa Santa Claus juga wujud dalam komik Marvel sebagai satu susuk yang hebat? Artikel kali ini membawa anda semua menelusuri siapakan Santa Claus dalam dunia komik Marvel. 


ASAL USUL

Nama lain bagi Santa Claus ialah Saint Nicholas,Kris Kringle dan Father Christmas dan ianya dikenali kerana sering membawa hadiah kepada kanak-kanak di hari Krismas. Terdapat beberapa asal usul mengenai Santa.

Ada pendapat menyatakan bahawa Santa Claus ialah Saint Nicholas yang mana lahir pada abad ke empat di Lycia yang kemudiannya menjadi paderi. Kerana sayangnya dia terhadap kanak-kanak, dia dianggap sangat mulia. Pada tahun 325 sebelum Masihi, dia dipenjarakan kerana kemuliaannya. Dikatakan dia pernah muncul dalam mimpi Maharaja Constatine untuk menyelamatkan askar yang hampir dibunuh.

Nama Saint Nicholas dikenali seagai Sinterklaas di Netherland sekaligus menjadi nama Santa Claus. Selepas Saint Nicholas mati, setiap 5 Disember dijadikan hari untuk bertukar hadiah. Hari tersebut kemudiannya berubah kepada 25 Disember, dimana penganut Kristian menyambut Krismas.

Ada juga yang menyatakan bahawa Santa Claus ialah jelmaan Odin dari Asgard. Namun, semua kisah asal usul Santa Claus tidak mempunyai bukti konkrit dan kekal sebagai mitos yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya.


SANTA CLAUS DALAM KOMIK MARVEL

Terdapat pelbagai kemunculan Santa Claus dalam komik Marvel. Ada diantaranya ialah Santa Claus yang memang seorang mutant, dan ada juga Santa Claus yang dicipta oleh pelbagai watak jahat dalam dunia komik Marvel.

Nama Santa Claus yang sebenar dalam komik Marvel ialah Jolnir. Dia ialah anak kepada keturunan Light Elf dan Frost Giant. Walaupun dia mempunyai kekuatan luar biasa, dia menggunakan kebolehan itu untuk membantu manusia.

Santa Claus pernah ditangkap oleh Adolf Hitler dan pernah diselamatkan oleh Nick Fury, Bucky dan Captain America dalam satu kemunculannya dalam komik edisi awal yang berkisar tentang latar masa Perang Dunia Kedua. 


Santa Claus juga pernah muncul dalam komik Marvel melalui kisah pendek dalam enam mukasurat komik X-Men. Kisahnya bermula ketika pasukan X-Men sedang meraikan Krismas. Lalu, Cerebro mengesan entiti yang disifatkan sebagai mutant paling kuat di dunia. Mereka kemudiannya terus ke New York untuk menyiasat dan didapati mutant tersebut ialah Santa.

Dalam era moden, Santa Claus versi Marvel lebih kepada realiti. Santa Claus digambarkan sering bertanyakan di mana kanak-kanak tinggal supaya dia boleh memberikan hadiah kepada kanak-kanak tersebut.



Santa Claus di dalam dunia komik Marvel juga mempunyai pelbagai versi termasuk versi jahat. Dalam komik edisi Khas Krismas pada tahun 1992, Santa Claus antara yang pernah menggunakan Infinity Gauntlet lalu bertempur dengan pasukan X-Men dan sekaligus melenyapkan semua fikiran para mutant. Tidak hairanlah, dia dikenali dengan Omega Level Mutant yang memang tidak terkalah.


Malah, versi Santa Claus yang lain, Creepy Santa yang diciptakan oleh Ultron pernah menghuru harakan Krismas para Avengers. Memang parti sambutan Krismas tersebut memang kacau bilau dan tunggang langgang hanya kerana seorang Santa Claus yang mempunyai kehebatan luar biasa ini.



Dr. Doom juga pernah menjelmakan dirinya menjadi Santa Claus. Ketika satu musim Krismas, Dr. Doom mendapati Santa Claus tercedera dek kerana terperangkap dalam satu perangkap beruang. Dengan peluang yang ada, Dr.Doom menggunakan pakaian Santa Claus dan menghuru harakan keadaan. Dia dikenali sebagai Santa Doom.

KEBOLEHAN


Antara kebolehan Santa Claus ialah mampu hidup lama, dan juga boleh memuatkan dirinya untuk masuk ke dalam mana-mana lubang asap tanpa cedera. Dia juga mampu untuk mengapungkan diri untuk naik daripada lubang asap, mengubah bentuk rupanya menjadi sesuatu yang lain, mengubah saiz objek, teleportasi, menghasilkan salji, dan banyak lagi.

Walaupun kekuasaan sebenar Santa tidak pernah didedahkan untuk pertempuran dengan lawan, Santa tidak pernah tua dan juga mempunyai akses terhadap pelbagai artifak magis untuk menambah kebolehannya. Santa Claus juga ada rusa terbang yang dikenali sebagai Blixem, Blixen, Comet, Cupid, Dasher, Dancer, Dunder, Donder, Prancer, Rudolph dan Vixen yang mana membolehkan dia terbang ke segenap pelusuk dunia. 

Karung besarnya, yang sebenarnya ialah tesseract bertindak sebagai portal kepada dimensi yang menyimpan kebanyakan hadiah yang ada untuk diberikan kepada kanak-kanak. Di setiap rumah, dia akan masuk melalui lubang asap untuk berikan hadiah untuk budak-budak baik, dan hanya memberikan arang kepada budak-budak nakal. 

Dia akan minum susu dan biskut yang ditinggalkan untuknya sebelum beredar. Rusa terbangnya, Rudolph mempunyai sinaran merah yang cerah sekaligus mampu menyebabkan Santa bergerak ke mana saja tanpa halangan. 

KESIMPULAN

Walaupun Santa Claus dikatakan sebagai mutant terhebat, Santa bukanlah antara karakter yang penting dalam komik Marvel. Namun, kewujudannya dalam komik Marvel menambahkan unsur realiti yang menunjukkan superhero Marvel juga menyambut Krismas. 

Catat Ulasan

0 Ulasan