Filem Baru G.I Joe, Dungeons & Dragons dan Micronauts Sudah Ketemu Tarikh Tayang


Paramount Pictures kini sudah memilih tarikh tayangan untuk filem Micronauts, filem baru G.I Joe dan juga Dungeons & Dragon. Malah, sebuah filem Hasbro yang masih belum ada tajuk juga sudah ada tarikh tayangan. Studio itu kini dalam proses untuk mencipta filem blockbuster berdasarkan permainan milik Hasbro dan juga francais Transformers.


Filem-filem yang sudah ada tarikh tayang ialah filem G.I Joe baru yang bakal ditayangkan pada 27 Mac 2020, Micronauts pada 16 Oktober 2020, Dungeons & Dragons pada 23 Julai 2021, dan sebuah filem adaptasi dari permainan Hasbro pada 21 Oktober 2021. 

Malangnya, G.I Joe yang bakal ditayangkan pada tahu 2020 ini ialah sebuah filem reboot. Buat masa ini, tiada khabar tentang siapa pengarah dan pelakon yang akan terlibat dengan filem ini. Sementara itu, Dungeons & Dragons pula nampaknya masih dalam perancangan yang lancar. Micronauts pula sudah dalam proses produksi sejak beberapa lama di bawah Bad Robt Productions milik J.J Abrams. 



Catat Ulasan

0 Ulasan