Di Manakah Timeline Filem 'Leatherface' Dalam Dunia Filem 'Texas Chainsaw Massacre'?


Dimanakah timeline filem Leatherface (2017)? Kenapa 'origin story' berbeza dengan Texas Chainsaw: The Beginning (2006)? 



JAWAPAN: Sebelum itu, kita harus tahu bahawa siri francais Texas Chainsaw Massacre mengandungi 8 filem semuanya, termasuk yang terbaru, Leatherface. Filem pertama diterbitkan pada tahun 1974 dan kemudian diikuti dengan dua lagi filem sekuel yang diterbitkan terakhirnya pada tahun 1990. Filem keempat, The Next Generation diterbitkan pula pada tahun 1994. 

Pada tahun 2003, studio Platinum Dunes milik Michael Bay menerbitkan filem remake Texas Chainsaw Massacre. Kemudian, sebuah prekuel yang memberi 'setup' kepada filem 'remake' tersebut dibikin dengan tajuk Texas Chainsaw Massacre: The Beginning pada tahun 2006. Dua filem ini tidak berkait dengan trilogi asal. Namun, sambutan terhadap dua filem ini gagal sekaligus menyebabkan remake ini dihentikan. 

Pada tahun 2013, Lionsgate menerbitkan filem Texas Chainsaw 3D. Filem ini mengabaikan dua filem remake di bawah Platinum Dunes dan mengambil terus latar masa selepas kejadian filem pertama yang diterbitkan tahun 1974. Ianya tidak berkait langsung dengan dua filem sekuel yang diterbitkan pada tahun 1986 dan 1990. 

Kini, pada tahun 2017, Lionsgate sekali lagi menerbitkan prekuel yang mana berlaku sebelum filem 1974. Ini sekaligus memberikan dua dimensi berbeza daripada filem prekuel versi remake dan Leatherface. 

Filem Leatherface (2017) menceritakan bagaimana watak Leatherface ialah seorang yang gila dan mempunyai sifat prihatin, namun dibimbing oleh ibu psiko yang menyuruhnya membunuh. Ini berbeza dengan siri filem Texas Chainsaw versi Michael Bay yang mana Leatherface dikatakan memakai topeng manusia kerana mahu menutup kanser hidungnya yang memakan wajahnya perlahan-lahan. 

Jadi, jika anda menonton Leatherface (2017), anda boleh terus menonton filem Texas Chainsaw Masaccre (1974) dan seterusnya filem Texas Chainsaw 3D (2013). 

Filem versi remake yakni Texas Chainsaw Massacre (2003) dan Texas Chainsaw Massacre: The Beginning (2006) boleh dikatakan sebagai versi baru yang tidak berkait langsung dengan mana-mana filem Texas Chainsaw Massacre. 

Tiga filem selepas filem 1972 yakni Texas Chainsaw Massacre 2, Texas Chainsaw Massacre 3 dan The Next Generation yang diterbitkan pula boleh diandaikan berlaku dalam universe Leatherface tetapi dalam timeline yang berbeza. Event dalam sekuel asal ini 'dimansuh'kan apabila wujudnya filem Texas Chainsaw 3D yang mana membentuk trilogi baru yang boleh diandaikan berlaku dalam timeline yang lain. 


Jadi, sekarang ini, trilogi Texas Chainsaw Massacre yang lengkapboleh ditonton dengan susunan-susunan berikut: 

Susunan 1 
1. Leatherface (2017) 
2. Texas Chainsaw Massacre (1974) 
3. Texas Chainsaw 3D (2013) 

Susunan 2 
1. Leatherface (2017) 
2. Texas Chainsaw Massacre (1974) 
3. Texas Chainsaw Massacre 2 (1986) 
4. Texas Chainsaw Massacre 3 (1990) 
5. Texas Chainsaw Massacre: Next Generation (1994) 

Susunan 3 
1. Texas Chainsaw Massacre: The Beginning (2006) 
2. Texas Chainsaw Massacre (2003) 

Selamat menonton Leatherface! Jangan lupa SHARE artikel ni kat kekawan juga!

Catat Ulasan

0 Ulasan