5 Filem Wajib Tonton Dari Pengarah Michael Bay



Michael Bay! Kebanyakan peminat wayang membenci pengarah ini kerana banyak letupan sana sini, banyak karakternya menjerit-jerit, merendahkan perempuan dan juga permainan kamera yang tidak kemas. Malah, filem remake seram yang diterbitkan semula oleh syarikat Platinum Dunes yang juga miliknya juga kurang menjadi. 


Tapi, keberanian Michael Bay untuk terus berada di persada Hollywood adalah tindakan yang amat berani. Berapa banyak cacian daripada pengkritik untuk filemnya, namun filemnya masih lagi mampu mengaut keuntungan sekaligus memberikan peluang untuk dia terus menghasilkan filem dengan caranya sendiri. 

Kami akui, semenjak dia memegang kerusi pengarah filem Transformers, dia sebenarnya tanpa sedar sedang menghancurkan kariernya sendiri. Pada masa Transformers makin 'hancur' dileburkan oleh pengarah ini yang mengakui sendiri tiada minat terhadap permainan ini tetapi mengambil peluang untuk mengarahkannya, kita sudah tahu, zaman kegemilangan Bay sudah makin hilang. 

Berikut, kami berikan 5 filem yang diarahkan oleh Michael Bay yang wajib korang tonton!


1. The Rock (1996)


Filem lakonan Sean Connery dan Nicholas Cage ini ialah antara filem terbaik yang pernah dihasilkan Michael Bay. The Rock mengisahkan bagaimana seorang polis dan juga seorang banduan yang melarikan diri dari penjara Alcatraz cuba untuk tembus masuk ke dalam Alcatraz dalam usaha untuk menghalang pengganas yang cuba untuk mengugut Amerika Syarikat kerana ketidak adilan untuk tentera yang berkhidmat di perang Vietnam.

Dengan adegan cemas yang menjadi, serta emosi yang cukup mencengkam, The Rock antara naskah Michael Bay yang paling berjaya! Siapa boleh lupa adegan pertempuran di bilik mandi banduan yang hanya tercetus kerana sebongkah batu. 

2. Armageddon (1998)


Kisah sains fiksyen tentang pengakhiran dunia ini menampilkan Bruce Willis bersama gandingan pelakon hebat termasuk Ben Afleck dan Liv tyler. Kisah hubungan anak dan ayah ini dipaparkan dalam keadaan penuh emosi dan tragik sekali dan berjaya menyentuh perasaan. Walaupun sebenarnya kisah ini tidaklah logik kerana Ben Afleck sendiri pernah menolak idea asal filem ini, ianya tetap mencemaskan.

Dipenuhi dengan adegan jerit menjerit antara satu sama lain, filem ini mengangkat tema persahabata dan kasih sayang antara ayah dan anak. Adegan paling best semestinya adegan Liv Tyler menangis di depan skrin tv ketika ayahnya memberikan kata-kata terakhir sebelum ajal.

3. Bad Boys (1995)


Filem gandingan Martin Lawrence dan Will Smith ini ialah satu-satunya filem kepolisan yang dibikin oleh Michael Bay. Filem ini mengangkat tema dadah dan mafia dan dipenuhi dengan aksi yang padat serta komedi yang bersahaja. Filem sekuel Bad Boys 2 (2003) tidak mampu menampilkan kehebatan yang sama daripada naskah asal. Percayalah. Bad Boys memaparkan elemen persahabatan yang sangat nakal dan menarik untuk ditonton. 


4. 13 Hour: The Secret Soldiers of Benghazi (2016)


Filem berdasarkan kisah benar ini memaparkan adegan pertempuran yang mengembalikan kehebatan filem arahan Michael Bay. Filem ini mengisahkan bagaimana enam ahli kumpulan Annex Security Team yang cuba untuk mempertahankan kawasan diplomatik Amerika di Benghazi, Libya selepas siri-siri pertempuran antara pengganas semenjak 11 September 2012. 

Michael Bay kelihatan menggunakan elemen jerit menjerit, kamera bergoyang pantas dan juga plot yang ringkas sekali lagi dalam filem ini.

5. Pearl Harbor (2001)


Filem yang menggabungkan elemen romantik, perang dan persahabatan. Filem lakonan Ben Affleck, Josh Hartnett dan Kate Beckinsale ini memenangi beberapa Award namun pernah juga dicalonkan untuk Filem Terburuk. Michael Bay menggunakan kepintarannya menghasilkan aksi cemas untuk menggambarkan adegan Jepun menyerang Pearl Harbour pada pagi 7 Disember 1941. 

Elemen biasa yang sentiasa ada dalam filem Michael Bay yang sebelumnya juga digunakan dalam filem ini. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa kisah cinta yang dipaparkan dalam filem ini diinspirasikan daripada filem Bollywood bertajuk Sangam (1941).

Catat Ulasan

0 Ulasan