10 Trivia Yang Anda Tidak Tahu Tentang Filem 'Mohabbatein'


Mohabbatein (2000), pastinya ianya sebuah filem yang menggamit memori. Dengan lagu yang masih malar segar sehingga hari ini, ianya sebuah filem cinta blockbuster yang masih segar untuk tontonan segenap generasi.


Siapa akan lupa watak Narayan Shankar lakonan Amitabh Bachchan yang dilakonkan Amitabh Bachchan dan Raj Aryan lakonan Shah Rukh Khan. Malah, permulaan karier enam pelakon pendatang baru dalam industri seperti Jimmy Shergill, Uday Chopra dan Jugal Hansraj bermula di sini juga.

Hari ini, kami bawakan 10 trivia filem Mohabbatein yang korang tidak tahu.



1. Karier Amitabh Bachchan mula merudum sebelum dia membintangi Mohabbatein. Dia tiada projek lakonan dan juga syarikat filem miliknya ABCL jatuh bankrup. Dia lalu hubungi Yash Chopra dan rakan baiknya itu memberi peluang untuk berlakon dalam Mohabbatein. Dan melalui filem ini, kariernya kembali naik.

2. Watak Megha lakonan Aishwarya Rai dipromosikan melalui trailer tanpa mendedahkan wajah. Sebelum tayangan, ramai yang menjangkakan heroin filem tersebut ialah Madhuri Dixit atau Kajol yang sebelum ini pernah bergandingan dengan Shah Rukh Khan. Aishwarya Rai tidak lagi popular seperti sekarang sebelum filem ini ditayangkan.

3. Pelakon lagenda Sridevi sepatutnya bergandingan dalam filem ini bersama Amitabh Bachchan sebagai pasangan namun pelakon itu menolak tawaran tersebut.



4. Watak Shah Rukh Khan dinamakan Raj Aryan. Perkataan Aryan merujuk kepada nama anak pelakon itu sendiri.

5. Watak Raj Aryan pernah ditawarkan kepada Aamir Khan.

6. Lagu 'Humko Humi Se Chura Lo' pernah disadurkan oleh penyanyi reggae Kenneth Salick bertajuk 'How Long'. Anda boleh dengarkan di bawah:


7.  Shah Rukh Khan bersetuju untuk menerima watak Raj Aryan tanpa melihat kepada skrip terlebih dahulu. 

8. Pelakon Mithun Chakraborthy dirancang untuk melakonkan watak cameo dalam filem ini. Namun, disebabkan durasi masa, watak untuk pelakon ini dibuang. 

9. Priyanka Chopra pernah ditawarkan watak yang dipegang oleh Shamita Shetty dalam filem ini. Namun, pelakon itu terpaksa menolak kerana dia masih lagi dalam kontrak Ratu Cantik Dunia. 

10. Penggambaran filem ini dilakukan di India dan England. Longleat, sebuah country house di Wiltshire, England digunakan untuk menggambarkan Gurukul. Selain itu, Universiti Oxford dan Cambridge juga digunakan untuk penggambaran. Babak dimana Narayan Shankar berjalan sebelum berjumpa Raj Aryan difilemkan di Queen's College, Oxford. Babak stesen keretapi pula difilemkan di Apta Railway Station, Panvel Maharashtra, India. 

Sebelum tu, jangan lupa tonton deleted scene dari filem Mohabbatein di bawah. Dan jangan lupa kongsikan artikel ni kepada kawan-kawan ya!


Catat Ulasan

0 Ulasan