"Test Screening" Punca Tempat Kematian Odin Ditukar?



Sebelum ini, pengarah filem Thor: Ragnarok menjelaskan kenapa babak kemusnahan Mjolnir diubah daripada lorong sempit ke ruang lapang yang menghijau. Kini, pengarah itu kembali menceritakan bagaimana perubahan ini terjadi dan apa sebabnya yang membawa kepada perubahan itu.
“What we wanted originally was for Thor and Loki to find Odin in New York, living on the streets, Fisher King style… There was something really cool and interesting about that, and I think that might be on the DVD, that version. But something about having him there and then dying made a lot of audiences in our test screenings feel too sorry for him. It was such a bummer seeing the great king of Asgard stuck in New York. We preferred the idea he’d be in some mystical Norse environment.”
Menurut Waititi, kesemuanya bermula apabila beberapa pendapat daripada test screening menyatakan bahawa kematian Odin terlalu menyedihkan jika ianya berlaku seperti yang dirancangkan pada awalnya. Waiti menyatakan bahawa Loki dan Thor seharusnya bertemu dengan Odin di bandar New York dimana Odin hidup dalam keadaan gelandangan. Namun, dalam filem yang sudah siap, bandar New York ditukar ke satu kawasan di Norway. 

Babak asal ini semestinya tidak lagi dapat disaksikan kerana perubahan yang dilakukan oleh pengarah tersebut buat masa sekarang. Namun, dikatakan bahawa babak asal itu bakal diterbitkan bersama dalam DVD / Blu-ray yang bakal keluar nanti.

Thor: Ragnarok masih lagi ditayangkan di pawagam. 

Catat Ulasan

0 Ulasan