Sekuel 'Murder on the Orient Express' Bakal Difilemkan



Filem arahan Kenneth Branagh, Murder on the Orient Express kini bakal mempunyai sekuel yang akan diadaptasi daripada novel Agatha Christie yang ditulis pada tahun 1937 bertajuk Death on the Nile. Filem Murder on the Orient Express ini juga ialah adaptasi dari novel penulis yang sama yang mana membuka ruang untuk sekuelnya yang bakal difilemkan tak lama lagi.


Filem tersebut mempunyai kisah yang hampir sama dengan Murder on the Orient Express, namun kali ini berlaku di Mesir. Ianya mengisahkan penumpang keretapi yang merentasi sungai Nil yang terlibat dalam satu pembunuhan di atas keretapi. Dan seperti biasa, watak Poirot akan menyiasat pembunuhan tersebut dan mencari dalangnya. 

Menurut The Hollywood Reporter, 20th Century Fox membawa kembali penulis lakonlayar filem Murder on the Orient Express, Michael Green untuk mengadaptasi Death on the Nile. Branagh juga menyatakan hasratnya untuk memainkan watak Poirot sekali lagi.


Murder on the Orient Express berjaya mengutip USD148 juta di seluruh dunia dengan kos produksi berjumlah USD55 juta selepas ditayangkan beberapa minggu di pawagam. Filem ini dipuji pengkritik kerana mengembalikan gaya klasik namun dikritik negatif kerana tona dan juga watak Poirot yang menenggelamkan pelakon lain.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 30 November 2017

Catat Ulasan

0 Ulasan