Salman Khan Tolak Cium Katrina Kaif Dalam 'Tiger Zinda Hai'



Aktor Bollywood terkenal, Salman Khan dikatakan mempunyai syarat yang ketat untuk diikuti jika mahu mengambilnya berlakon dalam filem. Aktor tersebut sentiasa menjaga imejnya dengan tidak mengambil watak-watak negatif. Selain itu, aktor ini juga memiliki pantang larang dalam berlakon dimana dia tidak akan sesekali melakonkan adegan intim dalam filem lakonannya.


Tiger Zinda Hai, filem terbaru lakonan aktor itu bersama heroin Katrina Kaif dikhabarkan memerlukan pelakon itu mencium dan melakukan adegan intim bersama Katrina Kaif. Namun, pelakon itu keras menolak permintaan skrip filem tersebut.

Satu sumber menyatakan:
“Everyone felt that just this one time, just once, Salman would break his no-kissing code because the sequence is vital to the plot and also because, well, it’s Katrina. But Salman refused outright. Director Ali Abbas Zafar tried his best to convince him. However, nothing worked. The scene has been dropped now"
Salman Khan saban tahun sentiasa menolak apa sahaj adegan intim yang perlu dilakukan sehingga dilabel sebagai seorang yang kolot. Suatu ketika dahulu, dia menolak lamaran daripada pengarah duo Abbas-Mustan untuk berlakon dalam filem Baazigar kerana tidak mahu melakonkan watak yang tidak bermoral. Penolakan itu menyebabkan Shah Rukh Khan mengambil alih peranan tersebut dan sekaligus menaikkan nama Raja Khan tersebut.

Catat Ulasan

0 Ulasan