'Justice League' Versi Zack Snyder Sebenarnya Wujud Dalam Versi Yang Hampir Sempurna?



Dalam kita sibuk berbicara tentang Justice League versi Snyder yang entah ada entah tidak, satu sumber yang tidak diketahui telah mendedahkan bahawa versi Snyder bukan sahaja ada tetapi mempunyai kesan khas yang kebanyakannya boleh disifatkan siap bersama dengan skor muziknya sekali. Kenyataan itu boleh dibaca di sini. 


Khabar angin tentang kewujudan Justice League versi Snyder ini muncul selepas CEO Warner Bros, Kevin Tsujihara telah memberikan tempoh masa 2 jam sahaja untuk filem Justice League versi Josh Whedon. 

Para penonton agak terkejut dengan tona filem yang dibawa oleh Whedon yang mengubah segala apa yang mahu ditonjolkan oleh Snyder pada awalnya. Malah, sepanjang tempoh Justice League ditayangkan, kita dapati banyak babak dan elemen filem asal dibuang dan juga sekaligus menyebabkan penonton yang merupakan peminat setia DCEU berasa sedikit kecewa. Ini sekaligus menyebabkan penonton mendesak Warner Bros untuk mengeluarkan Justice League versi Snyder melalui petisyen dan pelbagai lagi cara. 

Dengan mengambil kira keterujaan Zack Snyder terhadap filem Justice League sebelum sesi reshoot bermula, secara logiknya adalah semestinya akan ada juga cantuman daripada babak-babak yang telah dirakam oleh pengarah itu tetapi dalam keadaan yang tidak sempurna kerana VFX dan juga meletakkan skor muzik pastinya akan menyebabkan kos besar.

Khabar angin daripada Reddit ini sukar untuk disahkan. Namun, mungkin juga hal ini hanyalah khabar angin yang salah. Hal ini kerana Warner Bros pernah menyatakan bahawa Justice League versi Snyder adalah disifatkan sebagai 'unwatchable'. 

Mungkin juga kenyataan daripada Reddit ini mahu memprovokasi peminat DC untuk terus menandatangi petisyen yang dicanang. Namun, apa yang berlaku di sebalik kisah Justice League versi Snyder, hanya Warner Bros sahaja yang tahu. 

Catat Ulasan

0 Ulasan