Huraian Babak Trailer 'Infinity War' Versi SDCC Yang Tiada Dalam Trailer Terkini [SPOILER ALERT]



Penantian kini berakhir. Trailer filem Avengers: Infinity War kini sudah tiba dan ianya mendapat perhatian seluruh dunia. Namun, bagi yang hadir ke San Diego Comic Con, mahupun yang telah menonton trailer yang bocor sebelum ini, pastinya perasaannya berbeza apabila ada beberapa babak daripada trailer tersebut tidak ditunjukkan dalam trailer terbaru ini.



Mungkin antara sebab beberapa babak dibuang ialah kerana mahu mencantikkan lagi visual dan juga menyimpan beberapa perkara penting yang hanya didedahkan di dalam filem kelak. Screenrant menyenaraikan beberapa babak yang dibuang daripada dalam trailer filem Avengers: Infinity War versi San Diego Comic Con di bawah. Jom baca!

INTRO PERTEMUAN THOR DAN GUARDIANS OF THE GALAXY 

Semestinya tidak dinafikan yang perkara paling besar perubahannya dalam trailer terbaru ialah ketiadaan babak pertemuan Thor dan Guardians of the Galaxy di awal trailer. Trailer terbaru ini bermula dengan monolog yang diucapkan oleh Nick Fury.  Babak Thor bertemu dengan Guardians of the Galaxy pula dibawa ke bahagian terakhir trailer.

KAPAL ANGKASA GRANDMASTER TERHEMPAS

Di akhir filem Thor: Ragnarok, Thor dan Asgardian melepaskan diri ke angkasa melalui kapal besar yang dimiliki oleh The Grandmaster. Kebebasan mereka tak lama apabila adanya di dalam post-kredit Thor: Ragnarok menunjukkan sebuah kapal angkasa besar mendekati mereka. Babak tersebut menunjukkan bahawa kemungkinan kapal yang dinaiki Thor dan Loki itu terhempas sekaligus membawa kepada terdamparnya Thor di angkasa. Namun, babak itu kini dibuang dari trailer San Diego Comic Con.

BABAK BEBERAPA KARAKTER DAN PERTEMUAN SUPERHERO

Dalam trailer terbaru juga, ada juga beberapa watak yang sepatutnya muncul dalam trailer SDCC tidak muncul dalam trailer terkini. Ini termasuklah babak dimana Falcon dan Nebula berlawan serta babak Vision di bar. Selain itu, babak yang menunjukkan riak wajah Gamora yang takut juga tiada. Malah, ketika Thanos mengucapkan "Fun isn't something one considers when balancing the universe, but this does put a smile on my face", suntingannya berbeza dengan trailer SDCC.

DR STRANGE DAN STAR LORD

Di dalam trailer versi SDCC, kita akan dapat melihat babak Star-Lord dan Doctor Strange bergabung untuk bertarung melawan Thanos. Ada beberapa saat di dalam trailer versi SDCC dimana Doctor Strange mencipta cakera untuk membolehkan Star Lord melompat di udara sambil menembak. Mungkin secara teorinya, kita boleh menyangka bahawa babak ini dibuang daripada trailer supaya team CGI boleh memperkemaskan lagi babak ini di dalam filem asal.

KEMATIAN PETER PARKER, MUNGKIN?

Antara babak penting dalam trailer SDCC ialah berkaitan dengan Spider-man. Di dalam trailer SDCC, kita dapat melihat bagaimana Spider-man meminta maaf dalam tangisan kepada Tony Stark. Tetapi, babak ini tiada dalam trailer terbaru ini. Adakah ini bakal menjadi filem terakhir Peter Parker?

THOR DIGENGGAMAN THANOS

Mungkin juga di dalam Infinity War, akan ada beberapa karakter yang akan tamat riwayatnya. Di dalam trailer SDCC, dipaparkan juga babak badan Thor hampir diremukkan oleh tangan Thanos yang agak besar. Dan kita tidak tahu sama ada Thor berjaya bebas dari genggaman itu atau tidak.

THANOS BELAH BULAN

Antara perkara yang digembar gemburkan oleh siapa sahaja yang menonton trailer SDCC ialah babak dimana Thanos membelah bulan dan melemparkannya kepada hero-hero kita. Nampak gila bukan? Namun, ianya disimpan ketat dan dibuang daripada trailer terkini sekaligus memberikan rasa keterujaan untuk menontonnya dalam filem sebenar.



Anda ada perasan lagi babak yang hilang dari trailer Avengers: Infinity War versi SDCC? Jangan lupa tinggalkan komen ya!

Catat Ulasan

0 Ulasan