Blu-ray/DVD 'It' Akan Sertakan 11 Deleted Scene


Filem seram populara 2017 bakal diterbitkan ke dalam bentuk DVD dan Blu-ray tak lama lagi. Dikatakan bahawa DVD dan Blu-ray filem ini akan menyertakan sekali 11 babak yang dibuang daripada filem yang ditayangkan dipawagam. 


It mengutip hampir USD700 juta seluruh dunia dengan berbekalkan kos filem sebanyak USD35 juta. Filem ini memang memberikan perasaan ketakutan yang berbeza apabila mengisahkan bagaimana sekumpulan budak looser yang cuba menghapuskan Pennywise daripada bandar mereka. 

Sebelum ini, ada ura-ura menyatakan It akan diterbitkan pada bulan Disember. Namun, menurut Bloody Disgusting, versi DVD dan Blu-ray akan diterbitkan pada bulan Januari 2018 manakala versi digital sahaja akan diterbitkan untuk muat turun pada Disember. Hanya yang membeli Blu-ray sahaja dapat menikmati babak yang dibuang itu. Jadi,  para penonton yang mahu menontonnya terpaksa menunggu sedikit lama.

Apapun, para pengumpul Blu-ray dan DVD pastinya sudah tidak sabar untuk membeli versi DVD dan Blu-ray yang bakal ditayangkan. Berbaloi menonton filem ini buat kali seterusnya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan